Botaneco Garden & Guardian Kumpul RM5000 Untuk Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan

Botaneco Garden, sebuah jenama penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi yang boleh didapati secara eksklusif di Guardian, berjaya mengumpul RM5,000 melalui kempen CSR tahunan Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan.

Kempen ini merupakan satu langkah bagi menyokong usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon di bandar raya Kuala Lumpur.

Sebanyak satu peratus daripada jumlah jualan produk Botaneco di rangkaian Guardian pada sepanjang bulan Ogos 2019 telah disalurkan ke arah penanaman 25 pokok hutan hujan khatulistiwa di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, sebuah taman dalam bandar yang diurus dan dikendalikan oleh DBKL.

Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan, yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya menekankan sumbangan Botaneco Garden ke arah usaha pemuliharaan alam sekitar.

Ia seiring dengan inisiatif ‘Ke Arah 70 Menjelang 30’ yang disasarkan oleh DBKL yang mahu mengurangkan intensiti penghasilan karbon dalam bandar raya Kuala Lumpur sebanyak 70% menjelang tahun  2030 .

Antara spesis pokok-pokok yang ditanam di kawasan tepi tasik itu termasuk Meranti Temak Nipis (Shorea roxburghii) dan Pokok Kapur (Drybalanops aromatica). Manakala lima batang pokok Merbau (Instia palembanica) telah ditanam sebagai pengiktirafan statusnya sebagai pokok kebangsaan Malaysia.

“Pelanggan Guardian amat menyokong kempen CSR Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Botaneco Garden kerana mereka amat mencintai keindahan alam semulajadi. Pada tahun ini kami telah memperkenalkan sebuah tinjauan penyumberan awam berkenaan spesies-spesies pokok yang akan ditanam dan sangat teruja dengan maklum balas yang diberikan.

Kesemua peserta telah berusaha untuk membuat kajian dan memberi cadangan mengenai pokok-pokok yang telah disenarai pendek agar pilihan terbaik boleh ditanam di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

Kami berharap usaha aktif ini akan menjadikan orang ramai memberi perhatian yang lebih terhadap taman berkenaan, seterusnya membuatkan mereka lebih kerap mengunjungi taman itu untuk mendekati alam semula jadi dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka bagi menikmati gaya hidup lebih sihat,” ujar Pengurus Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Michelle Yeap.

Bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan melihat anak-anak pokok yang ditanam, Botaneco Garden sedang menganjurkan peraduan foto Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan sehingga 30 November 2019.

Mereka yang berminat perlu mengambil gambar kreatif bersama plak peringatan yang disediakan, dan muat naik gambar ke akaun media sosial Instagram dan menggunakan ‘hashtag’ #plantaseedgrowaforest.

Seorang pemenang akan dipilih pada setiap bulan dan akan menerima sama ada set penjagaan badan atau rambut Botaneco Garden.

Rangkaian penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi Botaneco Garden diperbuat daripada gabungan inovatif dan sofistikated ramuan botani dan minyak-minyak pati yang menerima pensijilan eko bersama formulasi yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna dan alam semulajadi.

Jenama tersebut merangkumi rangkaian penjagaan diri dan rambut untuk dewasa serta rangkaian produk untuk bayi dan kanak-kanak. Ia boleh didapati di seluruh negara secara eksklusif di 400 rangkaian Guardian di seluruh negara dan e-store Guardian.

Untuk maklumat lanjut dan berita-berita terkini mengenai program Botaneco Garden, sila layari laman https://www.instagram.com/mybotanecogarden/