Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Buat Sendiri Produk Penjagaan Diri Di Rumah

Suka Nor Syariza Tahir 10-Okt-2019

Pernahkah anda terfikir untuk menghasilkan sendiri produk-produk penjagaan diri harian yang sering digunakan?

Misalnya seperti sabun badan, lilin wangi, pelembap bibir, gincu, semburan badan atau apa-apa sahaja produk penjagaan diri dan kecantikan.

Dan alangkah bagusnya jika kesemua produk ini pula dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi berasaskan ekstrak asli ramuan-ramuan semulajadi, bukan?

Pastinya anda berasa gembira kerana dapat menggunakannya tanpa ragu-ragu atau risau akan kesan penggunaan yang mungkin akan timbul akibat bahan kimia berlebihan yang terkandung di dalamnya.

Bagi yang mempunyai kulit sensitif terutamanya, perkara ini sering menjadi masalah yang merunsingkan kerana anda harus sentiasa berhati-hati untuk menggunakan sebarang produk baharu.

Namun, semua itu tidak lagi akan menjadi halangan kerana anda kini boleh menghasilkan produk-produk penjagaan diri harian secara sendiri di rumah dengan langkah-langkah mudah.

Itu semua boleh dilakukan dengan hanya mendapatkan bekalan dari gedung bahan penjagaan diri Do-It-Yourself (DIY) dan bahan kraf terapeutik, Craftiviti.

 

Jangankan membuat sabun atau lilin wangi, pelembap bibir pun boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Menurut pengasas Craftiviti, Leong Wei Yein, dengan cara-cara membuat yang mudah dan pantas, penghasilan barangan-barangan tersebut tidak memerlukan seseorang itu untuk menjadi seorang yang kreatif atau mempunyai ‘tangan yang berseni’.

“Sebaliknya, anda hanya memerlukan bahan-bahan yang betul, ilmu pengetahuan dan mengikut langkah-langkah yang mudah.

“Kebanyakan pelanggan kami mengakui bahawa mereka tidak pernah menghasilkan barangan kraf sebelum ini dan tidak mempunyai kemahiran dalam membuatnya.

“Namun, selepas menjadi pelanggan setia Craftiviti dan belajar untuk membuat sendiri pelbagai jenis produk seperti sabun dan lilin wangi, kini semua itu tidak lagi menjadi sesuatu yang sukar untuk mereka,” ujarnya yang menjalankan perniagaan itu bersama suaminya, Eugene Tham Weng Wah.

 

Kelebihan Menghasilkan Sendiri Barangan Penjagaan Diri

Memang tidak dapat dinafikan ramai daripada kita akan terus membeli produk-produk penjagaan diri komersial yang sedia dijual di kedai-kedai.

Antara alasan yang diberikan adalah seperti tidak ada masa untuk membuat sendiri di rumah, tidak mempunyai kreativiti, sukar untuk mendapatkan bekalan, lebih percaya dengan jenama-jenama komersial atau harga yang lebih murah.

Namun, jangan terkejut kerana kesemua alasan itu ternyata meleset sama sekali!

Menurut Wei Yein, jika anda menghasilkan sendiri produk-produk penjagaan diri, wang yang perlu dibelanjakan adalah lebih murah berbanding membeli produk-produk komersial secara kerap.

“Bayangkan anda boleh membeli bahan-bahan untuk membuat produk-produk penjagaan diri dalam kuantiti yang banyak pada harga yang berbaloi kerana ia boleh bertahan untuk tempoh hampir setahun.

 

“Dengan kuantiti bahan yang besar, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis produk, dalam kuantiti yang banyak selama berkali-kali sehingga bahannya habis,” jelasnya.

Seterusnya, Wei Yein berkata, dengan menghasilkan sendiri produk penjagaan diri, anda boleh mengawal bahan atau kandungan yang digunakan.

“Konsep yang sama dengan memasak sendiri di rumah. Kita memasak sendiri di rumah kerana ingin memastikan kualiti, kebersihan, jenis atau khasiat makanan yang dimasak itu berbanding dengan memakan di restoran-restoran yang kita belum tahu tahap kebersihannya.

“Sama juga dengan produk penjagaan diri, di mana kita boleh menentukan bahan-bahan yang terkandung di dalam produk tersebut dengan cara menggunakan ramuan-ramuan berasaskan ekstrak semulajadi,” ceritanya yang hanya membekalkan ramuan-ramuan semulajadi untuk kesemua bahan di Craftiviti.

Kelebihan yang ketiga jika menghasilkan sendiri produk penjagaan diri adalah ia lebih bersifat mesra alam sekitar.

“Misalnya, jika anda ingin menghasilkan sendiri lilin wangi, anda boleh menggunakan balang jem atau mentega kacang yang telah habis digunakan untuk meletakkan lilin tersebut,” tambahnya.

 

 

Bengkel Membuat Produk Penjagaan Diri

Bagi mendidik orang ramai mengenai kepentingan menghasilkan sendiri produk penjagaan diri, Craftiviti turut menganjurkan bengkel bagi untuk orang ramai yang berminat mempelajari kemahiran tersebut.

Diadakan pada hari bekerja dan hari minggu, pelbagai jenis bengkel ditawarkan mengikut tahap kesukaran untuk menghasilkan sesuatu produk.

Dengan harga serendah RM60 hingga RM750 bagi satu sesi bengkel, para peserta akan dilatih oleh jurulatih professional yang mempunyai pelbagai kepakaran seperti dalam bidang pembuatan sabun, lilin, kraf, dan banyak lagi.

Bagi anda yang sekadar ingin belajar membuat sabun atau lilin wangi, jangan khuatir kerana anda mampu menguasai teknik-tekniknya dalam hanya 15 minit seperti yang penulis alami.

 

 

 

 

Jadi, bagi yang berminat, anda boleh mendaftar di www.thinkatdua.com.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Craftiviti menerusi:

Facebook: www.facebook.com/thinkatdua

Instagram: www.instagram.com/thinkatdua

Email: [email protected]

Alamat: D-2-48, Tingkat Dua, Blok Dahlia, 10 Boulevard, PJU6A, Sprint Highway, 46400, Petaling Jaya.

 

Foto: Prospr Communications

Video: Rahim Rahman