Budak perempuan Yaya menanti tuntutan waris

Uncategorized Yen Doran 24-Dis-2019

Budak perempuan dijumpai oleh pemilik restoran di Menara U2, Seksyen 13, di Shah Alam, malam 22 Disember, kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Kanak-kanak berkenaan menggelarkan dirinya ‘Yaya’ ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar restoran berkenaan kira-kira 8 malam oleh pemilik restoran sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Balai Seksyen 9, Asisten Superintendan Zaiful Nizam Mohamad berkata, sehingga kini, tiada waris Yaya tampil untuk membawa pulang kanak-kanak itu dan pihaknya terpaksa menyerahkan kepada pihak JKM bagi urusan berikutnya.