Buka Puasa di Hotel Tenera Bangi

Adakah anda sudah membuat senarai restoran-restoran menarik untuk dijadikan lokasi berbuka puasa pada tahun ini?

Jika anda merancang untuk berbuka puasa di hotel, namun pada harga yang berpatutan, anda boleh memasukkan Hotel Tenera Bangi sebagai salah satu lokasi wajib pada tahun ini.

Bertemakan Sinar Ramadan Bufet 2019, lebih daripada 40 buah gerai serta 200 jenis hidangan tradisional dan autentik bakal menarik perhatian pengunjung.

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera, Fadzly Hamzah menjelaskan, Sinar Ramadan Buffet 2019 bakal menampilkan 10 menu yang menjadi tumpuan utama pengunjung sejak tahun lalu.

“Ia terdiri daripada Kambing Golek Pesto Caracas, Lidah Bakar Mulut Senget, Seafood Goreng Mae Pranom, Mee Rebus Tulang Rawan/Gear Box, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning Sambal Ibu Saodah, Live Dim Sum Aliff Lalulah, Cendol Sawit, Apam Balik Terangkat dan Warung Kopi Tok Wan.

“Kami menjangkakan untuk menerima lebih ramai pengunjung pada bulan Ramadan tahun ini berbanding tahun lepas yang telah mencatatkan lebih ribuan pengunjung,” ujarnya mengenai promosi buka puasa tersebut.

Selain itu, bagi memberi lebih nilai kepada pengunjung pada tahun ini, Hotel Tenera Bangi menawarkan potongan harga kepada yang membuat tempahan awal sehingga 30 April ini.

Harga yang ditawarkan hanyalah RM68 seorang, berbanding harga sebenar iaitu RM98.

Maklumat lanjut mengenai promosi Sinar Ramadan Bufet 2019 boleh didapati menerusi Instagram; @tenerahotel dan Facebook; Hotel Tenera, atau membuat tempahan terus menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-385 4796.

Sinar Ramadan Bufet 2019 akan berlangsung bermula 7 Mei hingga 3 Jun 2019.

Hotel Tenera yang mula beroperasi pada akhir tahun 2017 telah dianugerahkan Hotel 4 Bintang Terbaik bagi tahun 2018 oleh HAPA Awards baru-baru ini.

Ia terletak di kawasan strategik iaitu lima minit dari laluan keluar ke Lebuhraya KLIA dan Kuala Lumpur, serta berdekatan dengan kawasan membeli belah dan kawasan makanan pilihan umum.