Bukan sebab nak runtuh

Uncategorized Adea Ghafar 23-Dis-2019

Joanne Kua, Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group, iaitu pemaju projek menara kediaman di Jalan Conlay berkata, struktur binaan bangunan yang unik membuat menara itu kelihatan condong, namun ia tidak akan runtuh.

Joanne berkata, jika dilihat pada pandangan sudut berbeza, ciri unik binaan itu akan nampak kecondongannya. Namun pihaknya telah meletakkan asas keselamatan yang kukuh pembinaannya, dan tidak timbul masalah menara kediaman itu akan runtuh.

Perkara ini telah tular di media sosial di mana struktur binaan menara kediaman yang sedang dibina itu nampak seperti akan runtuh menyebabkan orang ramai terasa cemas.