Bukan wayanglah…

Uncategorized Adea Ghafar 15-Dis-2019

Dr Nur Amalina Che Bakri, pelatih pakar bedah warga Malaysia, telah mempertahankan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan penyebaran gambar beliau ketika rawatan susulan pembedahan apendisitisnya.

Berikutan kongsian gambar di laman Instagram Syed Saddiq yang menunjukkan beliau dilawati isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kebanyakan warganet telah melabelkan gambar itu sebagai ‘wayang’.

Dr Nur Amalina menjelaskan menerusi akaun Twitternya, tiada masalah tentang gambar yang memaparkan luka apendiks ditutup untuk mengelak jangkitan serta tekanan darah perlu dipantau setiap empat jam jika pesakit sudah stabil.

Pembedahan adalah perlu untuk mengelak jangkitan yang boleh membawa maut.