Butik Lancome Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Mid Valley Megamall

Jenama kosmetik terkemuka Lancome telah membuka cawangan terbesar di Asia Tenggara yang terletak di pusat beli belah popular Mid Valley Kuala Lumpur.

SalamToday Malaysia telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran rasmi butik ini yang turut dihadiri para selebriti terkenal tanah air seperti Zahirah McWilson, Sherry Ibrahim, Rita Nadira dan ramai lagi.

 

Pencinta kecantikan pasti akan teruja saat pertama kali menjejakkan kaki ke dalam butik yang direka indah ini. Malah butik yang terletak di lantai bawah bahagian tengah ini Mid Valley ini menyediakan tiga bilik ekskslusif untuk servis yang berbeza.

Anda pasti terpegun tatkala menerima rawatan wajah di dalam bilik yang diberi nama ‘Lancome Institute Facial Cabine’ yang mempunyai skrin led bersaiz besar yang boleh memaparkan panorama kota Paris dari siang ke malam untuk memberikan ‘mood’ tatkala berada di bumi Eropah. Malah setiap langkah rawatan wajah akan diselang-selikan dengan muzik lembut yang berbeza bagi mengikut ‘mood’.

Pakar kecantikan di butik ini juga telah menerima latihan secara profesional oleh pakar dari Perancis . Bukan itu sahaja, penasihat kecantikan di butik ini juga turut terdiri daripada wanita Muslim yang lengkap berhijab dengan hijab yang direka khas oleh jenama tudung popular Naelofar hijab.

Butik Lancome terbaru ini menyediakan segala keperluan kecantikan anda termasuklah set pengjagaan kulit wajah, alat solek, minyak wangi dan servis rawatan wajah.

Sempena dengan pembukaan butik terbaru ini, Lancome menawarkan promosi untuk pelanggan baru mereka seperti set permulaan, program setia butik, hadiah istimewa hari jadi serta banyak lagi.