Cadangan hapus duti import bantu nelayan memiliki alat tangkap ikan canggih

Uncategorized Yen Doran 16-Dis-2019

Pengerusi Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Abdul Hamid Bahari berkata penghapusan duti import terhadap peralatan menangkap ikan boleh membantu golongan nelayan membeli peralatan canggih.

Nelayan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan bulanan dengan menggunakan perkakas atau peralatan yang lebih canggih dan efisien.

Duti import harus dikecualikan ke atas peralatan menangkap ikan seperti pukat, jaring dan enjin.

Beliau mencadangkan agar nelayan membeli peralatan menangkap ikan tanpa cukai terus dari Nekmat supaya tidak dimanipulasi pihak yang mahu mengaut keuntungan.