Cadbury Dairy Milk Bubbly Untuk Keseronokan Bila-Bila Masa

Cadbury Dairy Milk, jenama coklat paling laris di dunia baru-baru ini melancarkan produk baharu, Cadbury Dairy Milk BubblyBubbly diilhamkan untuk memberi keseronokan pada bila-bila masa terutamanya kepada penggemar coklat.

Dihasilkan dengan menggunakan teknologi Mondelēz Aerimelt untuk membentuk gelembung udara dalam coklat, Bubbly mempunyai bentuk fizikal yang agak unik kerana ia bergelembung di bahagian luar dan dalam.

Bercakap pada majlis pelancaran, Pengarah Bersekutu Mondelēz International Asia Tenggara, Vikram Karwal berkata, pihaknya sentiasa mencabar kemampuan dan berinovasi untuk menghasilkan produk menarik untuk pelanggan-pelanggannya.

“Kami mahukan satu produk yang benar-benar menyerlahkan pengalaman Cadbury Dairy Milk dan kerana itulah terhasilnya Cadbury Dairy Milk Bubbly. Kami mahu pelanggan kami berhenti sejenak daripada kekalutan dan kesibukan harian untuk menikmati saat-saat indah bersama Bubbly,” ujar Vikram.

Coklat ini telah dilancarkan terlebih dahulu di pasaran global seperti United Kingdom, Australia serta India dan telah menerima maklum balas menggalakkan.

Cadbury Dairy Milk Bubbly kini boleh didapati di kesemua rangkaian pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara. Terdapat dua pilihan saiz  iaitu 120 gram dan 50 gram yang masing-masing berharga RM8.90 dan RM3.30 setiap satu.