Cadbury Milk Durian, Perisa Edisi Terhad Untuk Penggemar Durian

Musim Raja Buah, durian sememangnya dinantikan oleh kebanyakkan ramai Malaysia. Biarpun harga buah ini meningkat pada setiap tahun, namun ia bukan halangan untuk rakyat Malaysia menikmati keenakkannya.

Selain menikmati buahnya yang segar, ramai juga yang gemar dengan hidangan yang dicampur dengan durian.

Antaranya Bubur Kacang Hijau Durian, Cendol Durian, Aiskrim Durian, Kek Durian, Cekodok Durian, Lempeng Durian dan banyak lagi.

Menyedari tentang populariti durian di kalangan rakyat Malaysia, Cadbury, jenama konfeksi makanan ringan terkemuka di bawah Mondelēz International sekali lagi meraikan perisa Malaysia dengan melancarkan perisa edisi terhad tempatan keduanya, Cadbury Dairy Milk Durian, eksklusif untuk pasaran Malaysia baru-baru ini.

Dalam usaha berterusan menghormati sambutan kebudayaan Malaysia, Cadbury Dairy Milk sekali lagi menjalin kolaborasi dengan kartunis ikonik Malaysia, Datuk Lat, yang mana ilustrasinya dipaparkan pada bungkusan produk terpilih Cadbury Dairy Milk.

Ilustrasi itu memaparkan Lat, Budak Kampung di dalam tiga situasi berbeza – masyarakat yang bekerja secara harmoni membina jambatan, perhimpunan menjamu durian dan, Lat dan Epit bersama-sama menanam pokok durian. Lukisan itu tertumpu kepada tema semangat kebersamaan Malaysia untuk membantu antara satu sama lain.

“Ini kali kedua berturut-turut saya bekerjasama dengan Cadbury Dairy Milk. Kempen kali ini membuatkan saya lebih teruja apabila mengetahui mereka melancarkan perisa durian kerana itulah perisa yang saya sukai sejak kecil.”

“Perisa baharu ini membangkitkan nostalgia lama di mana suatu ketika dahulu saya sering mengunjungi dusun durian bersama keluarga dan menikmati Raja Buah ini bersama-sama. Ilustrasi saya sentiasa bermatlamat memaparkan cara kehidupan rakyat Malaysia dan hasil seni untuk Cadbury Dairy Milk ini menepati matlamat tersebut’’ ujar Datuk Lat.

Sementara itu, Pengurus Kategori Coklat Asia Tenggara, Mondelez International, Rahul Mathur berkata, pelancaran perisa baharu Cadbury Dairy Milk Durian adalah sinonim dengan budaya Malaysia yang menggemari buah durian.

“Pengenalan perisa baharu ini ialah rentetan kepada kejayaan kami memperkenalkan perisa tempatan yang pertama (Cadbury Dairy Milk Kopi C) pada tahun lalu. Selain itu, Ia juga sebagai tanda penghargaan terhadap kehadiran kami yang terus kukuh di Malaysia. Kami berharap dengan perisa baharu ini, rakyat Malaysia boleh terus menikmati coklat dengan perisa yang boleh dibanggakan bersama,” ujar Rahul.

Coklat Cadbury Dairy Milk Durian kini boleh dibeli di pasaraya-pasaraya utama sehingga 30 September hadapan. Manakala kotak hadiah edisi terhad memaparkan ilustrasi Datuk Lat boleh dibeli secara eksklusif di Shopee pada harga RM42.90.

Kredit foto : Mad Hat PR PLT