CAP cadang hukuman lebih berat pesalah cemar alam sekitar

Alam semula jadi Adea Ghafar 27-Dis-2019
Sungai Kelang
© Rexwholster - Dreamstime.com

GEORGE TOWN: Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader mencadangkan kerajaan supaya meminda undang-undang berkaitan pencemaran alam sekitar dan mengenakan hukuman berat terhadap perbuatan jenayah oleh pesalah.

Menurut Mohideen, kejadian pencemaran alam sekitar termasuk bekalan air adalah umpama kesalahan jenayah yang menjejaskan dan meracuni penduduk terlibat. Pencemaran terbaru air sungai di Selangor menyebabkan loji rawatan air terpaksa ditutup dan lebih lapan juta penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur terputus bekalan air mereka.

Masalah pembuangan sisa ke sungai oleh beratus syarikat perkilangan terjadi kerana kurangnya perlindungan terhadap sumber air yang telah berlaku berdekad lamanya.