Celcom Sediakan Internet Berkelajuan Tinggi Untuk Kediaman

Suka Nor Syariza Tahir 02-Ogo-2019

Bagi yang menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayar (wireless) tetap di kediaman masing-masing, pasti anda pernah mengalami situasi yang menjengkelkan, di mana kalajuan sambungan internet tiba-tiba menjadi sangat perlahan.

Ini menjadikan kerja-kerja memuat turun atau penstriman terganggu sehinggakan ada yang terpaksa menghentikan serta-merta kerja-kerja yang sedang dilakukan.

Menyedari masalah yang sering menggangu pengguna ini, Celcom memperkenalkan perkhidmatan internet gentian optik berkelajuan tinggi, sebagai tambahan kepada perkhidmatan tanpa wayar tetap untuk kediaman di seluruh Malaysia.

 Menerusi teknologi gentian optik, Celcom Home Fibre™ menawarkan pelanggan di seluruh negara internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 100Mbps pada harga RM120 sebulan, dan 30Mbps dengan harga RM80 sebulan.

Kelajuan ini ternyata mampu memuaskan hati anda yang sering melakukan penstriman video dengan definisi tinggi ultra atau kualiti 4K.

Selain itu, bagi memberikan lebih pilihan kepada pelanggan, Celcom turut menawarkan perkhidmatan jalur lebar (broadband) tanpa wayar yang dijana oleh rangkaian 4G Celcom, iaitu Celcom Home Wireless™.

 Ia dibangunkan secara unik bagi kegunaan di kediaman serta mengupayakan hubungan internet berkelajuan tinggi di kediaman dengan kaedah ‘plug and play’, tanpa perlu merosakkan dinding rumah anda.

 Menariknya, Celcom Home Wireless™ mampu menghubungkan sehingga 64 peranti dalam satu masa, dengan kelajuan purata 30 Mbps.

Ia amat sesuai untuk kediaman yang tidak mempunyai perkhidmatan gentian optik dan juga sebagai alternatif terbaik kepada teknologi tembaga.

Dengan Celcom Home Wireless™, anda dapat menstrim filem-filem dengan definisi tinggi ultra melalui saluran seperti Netflix, Astro Go, Tonton dan lain-lain, beserta data Video Walla™ sehingga 1,000GB!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati muzik terkini dengan data Music Walla™, serta bermain permainan video atau melayari internet dengan keselesaan kediaman masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd., Idham Nawawi berkata, Celcom Home™ merupakan perkhidmatan internet kediaman berkelajuan tinggi yang memberi pelanggan pengalaman digital yang optimum di rumah mereka sendiri melalui teknologi gentian optik dan tanpa wayar yang begitu lancar.

“Tawaran kami menyediakan kelajuan yang bersesuaian bagi sebarang tujuan penggunaan digital seperti penstriman video 4K, panggilan video, permainan dan banyak lagi.

“Melalui teknologi hujung ke hujung seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain, kami yakin akan dapat menyediakan hubungan internet dan pengalaman digital bagi kediaman di seluruh Malaysia,” ujarnya.

Tambah Idham, Celcom terus komited untuk berinovasi dengan tawaran produknya melalui pelbagai ciri dan keistimewaan.

“Sama ada pelan mudah alih, internet kediaman mahupun penyelesaian pintar bagi perniagaan dan lain-lain, kami ingin terus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati rangkaian 4G dan infrastruktur gentian optik di mana sahaja mereka berada,” jelasnya.

Celcom Home Fibre™ boleh dilanggani di mana-mana cawangan bluecube dan Celcom certified partners, dengan perkhidmatan pemasangan yang mudah dan mengikut kesesuaian pelanggan.

Bagi maklumat lanjut mengenai Celcom Home Fibre™ atau Celcom Home Wireless™, layari https://www.celcom.com.my/personal/broadband.

Foto: Celcom Axiata Bhd.