Celcom teroka potensi teknologi 5G di Langkawi

Teknologi Adea Ghafar 15-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Majlis Perbandaran Langkawi (MPLBP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama dengan Celcom Axiata Bhd untuk memasang sistem Keselamatan 5G & Sekuriti Bandar Pintar terkini yang menawarkan keselamatan dan pemantauan melalui kamera pengawasan 360 darjah definisi tinggi ultra (UHD).

Antara lokasi-lokasi yang dipasang sistem teknologi 5G berkeupayaan Kecerdasan Buatan (AI) serta analisis video ini ialah di sepanjang Jalan Pantai Cenang dan Dataran Cenang. Sistem ini termasuk Pertahanan Digital bagi Kawasan Pantai dan Pemantauan Kawalan Orang Ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi berkata usaha ini dapat mewujudkan bandar yang lebih selamat melalui penggunaan teknologi 5G terkini.