Cenergi Sunseap Energy Solutions (CSES) peroleh pembiayaan RM24 juta

Uncategorized MAS 16-Dis-2019

CSES memperoleh kemudahan kredit bernilai RM24 juta daripada Bank Islam Malaysia Bhd bagi anak syarikat 95% miliknya, IRM Solar Sdn Bhd (IRMS).

CSES merupakan usaha sama antara Cenergi EE Holdings dan Sunseap International, unit pengendali sistem tenaga solar, Sunseap Group dari Singapura.

IRMS mengoperasi ladang solar lima megawatt di Padang Besar, Perlis. IRMS juga membekalkan tenaga kepada Tenaga Nasional melalui perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh diperbaharui jangka panjang, bermula pada 13 Ogos 2016.

Pembiayaan tersebut akan digunakan untuk modal kerja dan keperluan perbelanjaan modal termasuk membiayai semula kos pembangunan dan pembinaan ladang fotovoltaik di Perlis.