Chaleeda Tampil Dengan Single Baru

Artis antarabangsa pertama di bawah naungan Rocketfuel, Chaleeda Gilbert nampaknya tidak berputus asa dalam mengembangkan bakat seninya. Bintang berdarah Thai-Inggeris ini kembali dengan sebuah lagu baru yang lebih segar berjudul ‘Growing Up Sucks’.

‘Growing Up Sucks’ secara umum menceritakan tentang seseorang yang rindukan zaman mudanya namun masih bersyukur kerana biarpun waktu itu telah berlalu, dia masih mempunyai teman istimewanya bersama-sama.

Lagu berentak ‘easy listening’ ini merupakan hasil nukilan beberapa orang komposer berbakat iaitu Justin Seow, Kuizz Shah, dan Wee Zhen Yong. Manakala liriknya pula ditulis oleh artis tempatan, Bil Musa.

Chaleeda yang  mula dikenali lewat platform media sosial Youtube kerana sering menyanyikan semula lagu-lagu popular artis antarabangsa, berjaya menarik perhatian pihak Rocketfuel dan kini bergelar artis rakaman dan juga pelakon.

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

Lagu ‘Growing Up Sucks’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Growing Up Sucks’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Kredit foto : Rocketfuel Entertainment