Cinta Dayana & Hadi Dari Drama Kanak-Kanak Hingga Ke Jinjang Pelamin

Siapa sangka bermula dari berlakon bersama sewaktu mereka masih kanak-kanak, kini hubungan di antara pelakon  Dayana dan Hadi Mazlan membawa ke jinjang pelamin.

Kedua-dua mereka dikenali sebagai pelakon kanak-kanak di dalam drama bersiri Elly & Epit beberapa tahun yang lalu. Drama tersebut turut dibintangi oleh Sweet Qismina dan Afieq Syazwan.

Kini Dayana telah memilih untuk berhijab dan Hadi pula kini bergelar seorang ustaz. Kedua-dua mereka telah selamat diijabkabulkan di Surau At-Taqwa Batalion 4 di Semenyih pada 16 Jun yang lalu.

Ibu Dayana turut berkongsi berita gembira itu serta perasaannya di akaun Instagramnya. Katanya dalam kapsyen panjang lebar yang ditulis, dia terlampau gembira dengan perkahwinan anak kesayangannya itu dan hanya mampu bersyukur kepada Allah SWT.

 

SalamToday turut gembira dengan berita perkahwinan Dayana dan Hadi. Siapa sangka mereka berdua pernah hidup dalam dunia glamor sewaktu kanak-kanak tetapi kini telah berhijrah dan memilih untuk berumah tangga bersama. Semoga hubungan kalian diberkati serta dirahmati Allah dan kekal sehingga ke syurga.

 

Sumber : Instagram Aidacdaud