ConnectASIA 2019 raih RM20 juta hasil jualan

Uncategorized Adea Ghafar 05-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Program ConnectASIA 2019 berjaya meraih pendapatan RM20 juta melalui penjualan kandungan, animasi, kerjasama produksi dan kandungan televisyen, kata Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Creative Content Association Malaysia (CCAM) itu dihadiri 19 delegasi luar negara, 15 syarikat asing serta 307 syarikat tempatan. Jelas ianya telah memangkin peluang perniagaan melalui ‘rangkaian’ dan pertukaran ilmu antara pihak industri tempatan dan antarabangsa.

Bersesuaian aspirasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memperkasa industri kandungan kreatif tempatan, program ini juga bakal meningkatkan kolaborasi dan hasil perniagaan kandungan kreatif Malaysia ke peringkat antarabangsa.