COP25 ketengah pandangan negara sedang membangun di COP25

Uncategorized Hafiz Firdaus 06-Dis-2019

PUTRAJAYA, 5 Dis — Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP25) di Madrid, Sepanyol telah mengenengahkan suara Negara-negara Berpandangan Serupa, iaitu 25 negara sedang membangun, termasuk Malaysia, China, India, Arab Saudi, Vietnam dan Mesir yang bergabung dalam rundingan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).

Malaysia yang diketuai oleh Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), menegaskan bahawa hasil COP25 tidak boleh berpusatkan mitigasi.

Bagi negara-negara sedang membangun, keupayaan mengadaptasi kesan buruk dan menangani kerosakan perubahan iklim adalah sangat penting kerana ia memberi kesan terus kepada keupayaan negara untuk meraih pembangunan mapan dan membanteras kemiskinan.