Coway Malaysia Bekalkan Kit Perayaan Khas Untuk Berbuka Puasa

Kesihatan ramai umat Islam terutamanya warga kota atau mereka yang bekerja di bandar mudah terjejas akibat gaya hidup yang sibuk dan sentiasa aktif.

Faktor perubahan cuaca juga boleh menjejaskan emosi. Apatah lagi apabila seseorang itu perlu menghabiskan masa yang panjang untuk berulang-alik ke tempat kerja pada setiap hari.

Dek itu, tidak hairanlah ramai warga kota yang tidak berkesempatan untuk berbuka puasa dengan sempurna.

Menyedari hakikat ini, pakar penjagaan air dan udara terkemuka, Coway Malaysia telah membekalkan kit perayaan eksklusif, ‘Pek Murni Coway’ bagi membolehkan mereka yang sibuk dengan rutin harian boleh berbuka puasa secara mudah.

Kit perayaan ‘Pek Murni Coway’ ini mengandungi keperluan umat Islam untuk berbuka puasa iaitu buah kurma dan sebotol air yang sudah ditapis.

Minum air yang sudah ditapis adalah penting untuk penghidratan, manakala buah kurma pula penting untuk memberikan tenaga yang diperlukan tubuh badan sesudah seharian berpuasa dengan meningkatkan tahap gula dalam darah.

“Untuk melalui transformasi fizikal dan rohani yang sepenuhnya, ia memerlukan tekad dan kekuatan mental. Oleh itu, kami berhasrat membekalkan tenaga yang secukupnya kepada mereka yang berbuka puasa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah,” ujar  Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong,

“Selain itu, kami juga mahu menyediakan perspektif yang lebih tenang dan lebih fokus khas buat umat Islam pada bulan Ramadhan ini dengan menghilangkan rasa kecewa mereka apabila tidak sempat berbuka dengan keluarga akibat komitmen kerja, kesesakan jalan, dan keadaan lain yang mungkin menjadi faktor penyebab,” tambah Encik Kyle.

Selain daripada buah kurma dan air botol, kit perayaan ini juga mengandungi keperluan lain yang mungkin berguna bagi mereka yang selalu bergerak seperti paket tisu basah, tisu kering dan sebotol pembersih tangan (hand sanitizer).

‘Pek Murni Coway’ akan diedarkan oleh krew Coway Malaysia di Stesen KL Sentral, hab transit untuk KLIA Ekpres, KLIA Transit, RAPID KL (Putra), KTM Komuter, KTM Antarabandar dan Perkhidmatan Monorel KL.

Sampul duit Raya edisi terhad juga terdapat dalam kit perayaan sebagai tanda bahawa musim perayaan yang penuh kegembiraan bersama keluarga dan sahabat-handai kini kian menjelma.