CROSSROADS Maldives Tawar Lokasi Penganjuran Acara Yang Luar Biasa

Bagi para penganjur acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) yang berhasrat untuk menganjurkan acara-acara di resort mewah dan antarabangsa, S Hotels & Resorts mengajak anda untuk mencuba pengalaman hebat di CROSSROADS Maldives, sebuah destinasi resort bersepadu terbesar di Lautan Hindi.

Cuba lari daripada konsep bilik mesyuarat formal yang membosankan dan menggantikannya dengan suasana majlis yang bertenaga serta lebih segar, kesemua itu boleh didapati di SAii Lagoon Maldives, Hard Rock Hotel Maldives atau CROSSROADS Event Hall dengan tema “Fun, Wild and Free”.

Dikelilingi oleh sembilan pulau yang indah di sekitar Emboodhoo Lagoon di Malé Atoll Selatan, CROSSROADS Maldives merupakan sebuah lokasi yang luar biasa untuk acara-acara antarabangsa, termasuk persidangan korporat, percutian bina kumpulan, acara pantai dan banyak lagi.

Fasa pertama projek tersebut, yang dibuka pada musim panas baru-baru ini, mengandungi dua hotel gaya hidup iaitu SAii Lagoon Maldives dan Hard Rock Hotel Maldives, yang kedua-duanya mempunyai akses terus ke The Marina @ CROSSROADS – kawasan laluan persisir pantai yang menempatkan kafe, restoran, butik fesyen, spa, tempat hiburan dan ruang majlis.

Di SAii Lagoon Maldives, penganjur boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti berkaitan alam sekitar dan sosial, bersesuaian dengan ciri ekologi mampan lokasi tersebut.

Daripada bilik mesyuarat yang mengadap pantai sehinggalah ke pengalaman ekologi, sesi-sesi acara anda pasti  akan dapat mengukuhkan hubungan sesama peserta, sekali gus mencapai hasil dan keputusan yang diinginkan.

Sementara itu, di Hard Rock Hotel Maldives pula, para peserta berpeluang untuk turut berhibur dengan pelbagai pilihan ruang dalaman seperti  Pavilion, Hard Rock Cafe, Sessions atau The Elephant & The Butterfly, di mana mereka boleh mengetengahkan sisi dalaman bintang rock masing-masing serta menghasilkan irama muzik menerusi program gitar, Picks ® by Sound of Your Stay ® .

Selain itu, program Body Rock pula memberi pilihan kepada yang ingin membuat aktiviti bersenam berkumpulan dengan pilihan aktiviti kecergasan seperti program yoga, Rock Om ® dan seni mempertahankan diri serta kemahiran sarkas.

Manakala, kawasan utama CROSSROADS Maldives pula menempatkan CROSSROADS Event Hall, sebuah ruang acara berkeluasan dalaman 326 meter persegi, yang disokong oleh sistem bunyi berteknologi canggih dan terkini, perancang profesional serta perkhidmatan katering untuk sehingga 400 tetamu.

Dewan tersebut juga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang memberi pilihan untuk acara pelbagai saiz, daripada persidangan berskala besar sehinggalah sesi eksklusif.

“CROSSROADS Maldives akan mengubah cara pemikiran penggiat industri MICE mengenai acara korporat. Kami menyedari bahawa kaedah terbaik untuk mencapai sasaran jangka pendek dan panjang syarikat anda adalah dengan mengukuhkan ikatan persahabatan dan kepercayaan sesama ahli kumpulan.

“Bagi mencapainya, sesebuah syarikat itu hendaklah bersedia untuk lari daripada mengadakan acara mesyuarat formal yang biasa dilakukan, dan mencuba aktiviti-aktiviti seperti yang kami tawarkan untuk membina keyakinan dan semangat kerjasama,” ujar Ketua Pegawai Hospitaliti S Hotels & Resorts, Dirk De Cuyper.

SAii Lagoon Maldives, merupakan sebuah resort baharu yang menakjubkan, dengan sejumlah 198 unit bilik termasuk vila atas air, restoran berkelas dunia, sukan air dan kesihatan.

Manakala Hard Rock Hotel Maldives pula mengetengahkan elemen kebudayaan tempatan, seni bina tropika serta rekaan kontemporari.

Menawarkan sejumlah 178 unit bilik, suites dan vila beserta sebuah Hard Rock Café, Rock Spa, dua buah kedai rock yang mengetengahkan cenderamata dan koleksi muzik, ia merupakan sebuah destinasi ideal untuk pengunjung yang ingin berhibur sambil bermesyuarat.

Jadi, bagi yang merancang untuk menganjurkan acara untuk organisasi anda yang di luar kebiasaan dan akan diingati sampai bila-bila, CROSSROADS Maldives adalah pilihan yang tepat.

 

Foto: S Hotels & Resorts, Instagram SAii Lagoon Maldives & Instagram Hard Rock Hotel Maldives

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Dikelilingi oleh sembilan pulau yang indah di sekitar Emboodhoo Lagoon di Malé Atoll Selatan, CROSSROADS Maldives merupakan sebuah lokasi yang luar biasa untuk acara-acara antarabangsa, termasuk persidangan korporat, percutian bina kumpulan, acara pantai dan banyak lagi.