Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Curang: kesilapan yang tiada peluang

Perkahwinan 02 Feb 2021
Pendapat oleh Tari Basir
Curang: kesilapan yang tiada peluang
Curang: kesilapan yang tiada peluang © Евгений Вершинин | Dreamstime.com

Perkahwinan merupakan antara perkara yang terindah dalam kehidupan seseorang. Bagi seseorang Muslim, perkahwinan merupakan rahmat dan nikmat daripada Allah Taala.

Ia merupakan tanda Allah SWT meraikan fitrah manusia yang mahu berkasih sayang, serta bukan semua mampu berkahwin setelah sekian lama bercinta.

Curang: kesilapan yang tiada peluang

Hakikatnya, perkahwinan bukanlah sekadar ikatan yang tersimpul tanpa apa-apa makna. Ikatan perkahwinan ialah satu ikatan untuk melayari kehidupan bersama, di dunia bahkan di akhirat. Ia juga merupakan ikrar janji taat setia untuk tidak membiarkan hati diragut nafsu yang bukan haknya, dan membina cinta yang diredai oleh Allah Taala.

Namun, sekukuh manapun ikatan yang termeterai, ia tetap mampu terlerai sekiranya kedua-dua pihak tidak menjaganya dengan baik. Kelalaian suami atau isteri mampu menyebabkan tali itu terputus, bahkan merentap kehidupan anak-anak pada masa akan datang.

Perkahwinan merupakan antara amalan seseorang Muslim yang hebat, sehingga ia dikira sebahagian kesempurnaan dalam agama. Al-Baihaqi meriwayatkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.”

Syaitan sebagai pemutus ikatan

Kerana itulah, syaitan tidak senang dengan ikatan perkahwinan yang tersimpul kemas, dan sentiasa mencari jalan agar ia terputus. Syaitan yang bernama Dasim memainkan peranannya sebagai pemutus ikatan ini, dan tidak pernah akan berputus asa dalam melakukannya.

Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan Muslim, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian mengutus bala tenteranya. Maka yang paling dekat dengannya adalah yang paling besar fitnahnya. Datanglah salah satu dari bala tenteranya dan berkata: Aku telah melakukan begini dan begitu. Iblis bekata: Engkau sama sekali tidak melakukan apa-apa.”

 

“Kemudian datang yang lain dan berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku berhasil memisahkan dia dan isterinya. Maka Iblis mendekati dan berkata: Sunggah hebat (syaitan) seperti engkau.”

Curang, pemutus utama ikatan perkahwinan

Curang ialah antara pemutus utama ikatan perkahwinan. Meskipun pelaku curang kebiasaannya dikaitkan dengan suami, namun isteri juga tidak terkecuali. Curang boleh berlaku di mana-mana dan dengan siapa-siapa sahaja, sama di pejabat bersama rakan pejabat, jiran, sahabat lama, mahupun bekas kekasih.

Namun, persoalannya ialah, mengapakah curang berlaku? Apatah lagi jika suami atau isteri sudah pun memiliki segalanya. Keluarga yang bahagia, pasangan yang setia, anak-anak yang geliga dan kehidupan yang stabil.

Lalu, apa sebabnya curang tetap juga berlaku? Jawapannya sudah tentu kerana melayani hawa nafsu sehingga tegar memperjudikan kesetiaan dan masa depan. Sanggup menggadai kesetiaan pasangan dan kebahagiaan anak-anak di rumah, demi sebuah hubungan yang tidak pasti. Apatah lagi diredhai oleh Allah SWT.

Curang, tiada peluang

Benar, kadangkala kesilapan berlaku. Kadangkala dalam tidak sedar, suapan hawa nafsu diterima lalu curang berlaku. Lalu kerana sayang, apatah lagi memikirkan masa depan anak-anak sekiranya ikatan ini diputuskan, peluang diberikan sekali lagi oleh pasangan.

Namun, andai kesilapan curang ini diulangi, maka ketahuilah ia bukan lagi kesilapan bahkan satu pilihan. Peluang kedua, atau mungkin ketiga mungkin tidak lagi diperoleh. Kemuncak kesetiaan telah tiba di hadnya, lalu akhirnya ikatan taat setia ini terpaksa diputuskan.

Ketika itu, apa gunanya meratap cinta sejati yang telah hilang. Nasi telah pun menjadi bubur. Jangan sesekali menggadaikan cinta abadi demi kepuasan yang sementara.