Dagangan di Bursa Malaysia akan disambung semula seperti biasa pada Jumaat

Uncategorized Adea Ghafar 20-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Bursa Malaysia menyatakan, ia masih menyiasat masalah yang menyebabkan dagangan di Bursa Malaysia Securities terhenti pada pukul 4.45 petang hari ini.

Menurut Bursa Malaysia, dagangan akan disambung semula pada 9.00 pagi esok seperti biasa, dan gangguan minimum kepada dagangan akan terus dipastikan.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI telah turun sebanyak 3.1 mata dan berada pada tahap 1,596.01 pada pukul 4.45 petang tadi.