Dakwah di pentas hiburan

Uncategorized Adea Ghafar 15-Dis-2019

Kumpulan rock XPDC mahu menyerapkan unsur-unsur dakwah sambil berhibur dalam persembahan mereka. Penyanyinya, Mohd Ali Ismail, 51, berkata XPDC benar-benar berasa bertanggungjawab untuk berbuat kebaikan sambil berhibur.

XPDC berada di saluran tepat untuk berdakwah kepada audiens peminat muzik, baik lelaki atau perempuan dan acara konsert adalah sesuai dalam misi menyampaikan dakwah dan nasihat kepada golongan berkaitan.

Sempena ulang tahun ke-10 konsert Rockaway 2020 pada bulan Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil, XPDC akan membuat persembahan bersama artis-artis lain termasuk Datuk M Nasir, Hujan, Kugiran Masdo, Project E.A.R dan Toko Kilat.