Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Dapat Wang Belanja Sekolah Jika Solat Subuh Di Masjid

Sahsiah Helmi Anuar 16-Okt-2019

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah masjid di ibu kota iaitu Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang terletak di Bukit Damansara telah membuat pemberian wang saku belanja sekolah secara percuma kepada pelajar yang hadir menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid itu.

Ini adalah sebahagian daripada usaha murni ahli masjid berkenaan  untuk memupuk semangat di kalangan generasi muda untuk menunaikan solat Subuh di Masjid .

Bagi pelajar sekolah rendah, setiap daripada mereka yang hadir memakai pakaian seragam sekolah akan diberikan wang saku sebanyak RM3 manakala bagi pelajar sekolah menengah pula mereka diberikan RM5 setiap seorang.

Menurut Ketua Pentadbir Masjid, Ustaz Mohammad Akmal B Abdul Aziz, program ini bermula sejak 7 Oktober lalu untuk menarik anak muda hadir solat Subuh di masjid yang mana secara tak langsung menawarkan kepada ibu-bapa untuk turut bersama.

“Inisiatif selama seminggu sedikit sebanyak membuahkan hasil apabila seramai tujuh hingga 11 remaja solat Subuh bersama ahli keluarganya di masjid.”

Beliau berkata, matlamat utama bukan semata-mata pemberian wang saku itu sebaliknya memurnikan budaya orang ramai berkunjung ke masjid untuk bersolat dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah.

Setakat ini dana yang disalurkan untuk program ini merupakan hasil sumbangan ahli kariah dan korporat kepada masjid berkenaan.

Dan jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada program bermanfaat masjid ini, bolehlah sumbangkan melalui Bank Islam Malaysia Berhad : 14229010005272 (Masjid Saidina Umar Al-Khattab).

SalamToday Malaysia memuji inisiatif murni yang diambil oleh ahli jawatankuasa Masjid ini. Selain dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, di harap usaha ini dapat memupuk minat anak-anak muda untuk lebih kerap menunaikan solat Subuh di masjid.

Sumber : Sinar Harian
Foto : Facebook Masjid Saidina Umar Al Khattab

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga