Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Daripada 100 bahagian rahmat Allah SWT, satu turun di bumi

Islam untuk Pemula 19 Nov 2020
dreamstime_s_173815045
Daripada 100 bahagian rahmat Allah SWT, satu turun di bumi © - Dreamstime.com

Tahukah anda, rahmat Allah SWT yang kita dapati di muka bumi ini hanyalah atu bahagian daripada 100 bahagian rahmat yang diciptakan-Nya. Di mana tersimpannya 99 bahagian rahmat yang lain?

Bagaimana untuk mendapatkan 99 bahagian rahmat yang lain ini?

Hadis penciptaan bahagian rahmat Allah SWT

Terdapat beberapa buah hadis yang menukilkan berkenaan penciptaan rahmat Allah SWT ini. Dalam riwayat Sahih Bukhari, ada satu hadis yang bermaksud:

“Daripada Abu Hurairah r.a, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah menciptakan rahmat. Pada hari Allah menciptakannya, Dia menjadikannya sebanyak 100 rahmat. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat. Dia hantar kepada semua makhluknya satu rahmat. Seandainya orang kafir tahu tentang semua rahmat yang ada di sisi Allah, mereka tidak akan berputus asa daripada memasuki syurga. Seandainya orang beriman tahu semua azab yang ada di sisi Allah, dia tidak akan berasa selamat daripada neraka.”

(Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Riqaq, hadis ke-6469)

Dalam Sahih Muslim pula, ada diriwayatkan hadis berkenaan penciptaan rahmat ini. Hadis tersebut bermaksud:

“Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Allah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi satu bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan satu bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk di muka bumi saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut terpijak akannya.”

(Sahih Muslim, Kitab At-Taubah, hadis ke-2752)

Luasnya rahmat Allah SWT

Daripada hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa rahmat Allah SWT itu sememngnya amat luas. Walaupun hanya satu bahagian rahmat sahaja yang diturunkan di bumi, penduduk di bumi termasuklah manusia dan haiwan telah berkasih sayang antara satu sama lain.

Rahmat Allah SWT tidak hanya tertakluk kepada orang-orang Islam sahaja, tetapi juga kepada seluruh makhluk-makhluk lain termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga orang-orang bukan Islam.

Walaupun hanya satu bahagian rahmat yang diturunkan ke muka bumi, kita tidak boleh leka dengan satu bahagian itu sahaja. Ini kerana masih terdapat 99 bahagian rahmat lagi yang menunggu kita di akhirat kelak. 99 bahagian ini lah yang menentukan kita menuju ke syurga Allah SWT ataupun tidak.

Berusahalah di dunia dengan melakukan segala ibadat dan amal bagi mendapatkan 99 bahagian rahmat di akhirat tersebut. Allah Taala telah menjanjikan 99 bahagian rahmat di akhirat ini untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.