Dasar Automotif Nasional (NAP) masih belum terima kelulusan kabinet

Uncategorized MAS 22-Dis-2019

Menjelang tahun baru 2020, masih belum terdapat sebarang perkembangan baru tentang NAP. Ini meskipun terdapat ura-ura pelancarannya pada penghujung 2019.

Dasar terbaru itu bertujuan mentransformasikan Malaysia menjadi pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) dan hibrid. NAP diperkenalkan pada 2006 untuk mentransformasikan industri automotif Malaysia. Dasar tersebut dikaji semula pada 2009 dan 2014 untuk memastikan industri tempatan kekal berdaya saing.

NAP 2019 akan menyaksikan negara mengalihkan fokusnya ke arah membangunkan ekosistem ‘kenderaan generasi seterusnya’ (NxGV). NxGV akan menyepadukan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan pemanduan lebih selamat, cekap dan berprestasi tinggi. Fasa pertama akan menumpukan pengeluaran bateri, sistem pengurusan dan pembangunan stesen pengecasan.