Dasar pemulangan senjata api, New Zealand yakin lebih selamat

Uncategorized Syed Safri 22-Dis-2019

WELLINGTON: Susulan daripada dasar baharu New Zealand untuk mengehadkan penggunaan senjata automatik, Menteri Polis Negara, Stuart Nash mengumumkan kira-kira 32,000 penduduk telah menyerahkan semula senjata mereka sepanjang kempen yang berakhir pada tengah malam Jumaat.

Lebih 50,000 senjata api diserahkan oleh pemilik-pemilik senjata, termasuk senjata yang diperoleh secara haram. Tiada tindakan akan dikenakan bagi senjata yang dimiliki secara haram. Semua pemulangan senjata akan diberi pampasan wang tunai menerusi skim pembelian semula senjata ini.

Berikutan ini, pihak berkuasa yakin New Zealand akan menjadi tempat yang lebih selamat selepas berlakunya tragedi serangan tembakan rambang di masjid Christchurch Mac lalu.