Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Dato’ Fazley Lancar Minyak Wangi Berinspirasikan Kek Cawan

Stail Helmi Anuar 27-Sep-2019

Penyanyi, pelakon dan chef selebriti terkenal Dato’ Fazley telah melancarkan minyak wangi keluaran pertamanya baru-baru ini di bawah jenama ‘Pastry by Fazley Yaakob’.

Haruman pertama di bawah jenama ini diberi nama ‘Strawberry Vanilla Cupcake’ di mana wangiannya beraroma manis dan lembut.

Nota atas haruman ini menggabungkan ramuan buah strawberi, bunga geranium. Manakala nota tengahnya pula adalah gabungan haruman bunga iris dan ros. Nota asasnya pula adalah dari campuran vanila, karamel, gula dan marshmallow.

Minyak wangi istimewa ini juga sesuai digunakan oleh wanita dan juga lelaki dari pelbagai peringkat usia.

Hadir dalam kelalang yang berukuran 30ml, minyak wangi ini boleh dibeli di laman sesawang straitsgrooming.com/fazley atau dengan ejen-ejen sah yang berdaftar pada harga RM55 sebotol.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Dato’ Fazley di atas pelancaran minyak wangi yang pertama ini. Semoga mendapat sambutan dari pencinta minyak wangi.

 

Foto : Instagram Dato’ Fazley Yaakob