Datong Yungang Tonjol Gaya Hidup Sejarah Dan Budaya Lama Datong

лªÉçÕÕƬ£¬´óͬ£¨É½Î÷£©£¬2019Äê7ÔÂ15ÈÕ 2019ɽÎ÷´óͬÔƸÔÎÄ»¯ÂÃÓÎϵÁл¿ªÄ» ÕâÊÇ7ÔÂ15ÈÕÅÄÉãµÄ»î¶¯Æô¶¯ÒÇʽÉϵÄÎÞÈË»ú±íÑÝ¡£ µ±ÈÕ£¬2019ɽÎ÷´óͬÔƸÔÎÄ»¯ÂÃÓÎϵÁлµÄÆô¶¯ÒÇʽÔÚ´óͬ¹Å³ÇÄÚ¾ÙÐС£ лªÉç¼ÇÕß ²ÜÑô Éã

Bandar Datong yang terletak di wilayah Shanxi utara China, baru-baru ini memulakan siri budaya dan pelancongan klasiknya, Datong Yungang bagi menonjolkan gaya hidup sejarah dan budaya lama ibu kota Cina purba itu.

Ia juga adalah sebagai cara untuk memperingati ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China.

Sebagai sebuah acara bandar tahunan, siri budaya dan pelancongan Datong Yungang telah diadakan selama 20 tahun berturut-turut sejak tahun 2000.

Ia menjadikan Datong lebih dikenali sebagai sebuah bandar bersejarah dan budaya, bandar demonstrasi tenaga baharu kebangsaan, bandar taman kebangsaan serta ibu kota arca Cina.

Bagi acara tahun ini, para pelancong dapat menikmati aktiviti-aktiviti kemuncak seperti Minggu Filem Aksi Antarabangsa Jackie Chan (21-27 Julai), Sukan Belia China ke-2, (8-18 Ogos), Kayuhan Klasik Datong pada bulan Ogos, Maraton Antarabangsa Datong pada bulan September, Kejohanan Catur Shanxi 2019 dan Pameran Budaya Fotografi Antarabangsa (Datong) China 2019.

“Datong telah mendokong revolusi tenaga dan dasar pintu terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ia juga memberi tumpuan kepada budaya dan pelancongan untuk transformasi bandar berasaskan sumber, ke arah pembangunan yang berkualiti tinggi,” ulas Datuk Bandar Datong, Wu Hongwen.

Ternyata, usaha-usaha tersebut telah membawa kira-kira 33.43 juta pelancong tempatan ke Datong pada separuh pertama tahun 2019, meningkat 22.96% berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, Indeks Pembangunan Pelancongan Datong China yang dibangunkan oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi Datong dan China turut menunjukkan pertumbuhan pelancongan ke Datong sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jumlah pelancong, tahap penggunaan serta potensi perhatian masing-masing meningkat sebanyak 15.32%, 10.08% dan 73.41% berbanding tahun sebelumnya pada separuh pertama tahun ini.

Foto: PR Newswire