Datuk Nassier Wahab meninggal dunia

Uncategorized MAS 04-Dis-2019

Penyanyi terkenal era 80-an, Nassier Wahab meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, jam 12.45 tengah malam tadi. Berita ini dikongsikan penyanyi, Zur Eda menerusi aplikasi WhatsApp.

Nassier menghidapi masalah ketumbuhan pada bahagian gusi sejak lima tahun yang lalu. Pembantu peribadinya menerangkan beliau hanya mengambil pil penahan sakit setiap kali serangan berlaku. Beliau juga pernah ditahan di wad selama 20 hari dan terpaksa menggunakan tiub untuk makan.

Doktor telah kerap kali menasihatkan beliau untuk menjalankan pembedahan dan Nassier akhirnya bersetuju selepas perjumpaan ketiga. Beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada Jun lepas.