Datuk Wira Lee Chong Wei Umum Bersara Selepas 19 Tahun

Jaguh Badminton negara iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei minggu lalu telah mengumumkan untuk ‘menggantung raket’ buat selama-lamanya selepas 19 tahun menabur bakti mengharumkan nama Malaysia di arena sukan badminton.

Chong Wei telah membuat pengumuman persaraannya dari bermain badminton pada satu sidang media khas yang diadakan di Menara Kementerian Belia Dan Sukan.

Dalam hantaran di akaun Instagram beliau, Chong Wei telah meluahkan perasaanya dalam satu kapsyen yang panjang untuk menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku kepadanya sehingga beliau nekad mengambil keputusan untuk bersara.

View this post on Instagram

To all my family friends and fans. To everyone of you who have been a part of my life, thank you. A real big sincere thank you. Months ago, all of you knew I had cancer. I fought it. And I thought I fought it well. I thought I could try one more time. I am just someone who love to play badminton. Someone who love my country. I feared of retiring with regrets. I was scared of not delivering that elusive Olympic gold for Malaysia. So when I was cleared of cancer, I took up my racquet and trained once again. After few days of light training, I wanted to get clearanyce from my doctor to heighten my training intensity, then i was dealt a major blow. From that scan, doctor shook his head and said i might face the risk of recurrence if I continue to train. Mew Choo crumbled crying. She feared i might be stubborn and continue to pursue my dream. I was at loss. I thought “How am I supposed to hang up my racket after nearly twenty years of competitive badminton?, “ How about my Olympic dreams?” At home, i kept myself occupied with my two sons, Kingston and Terrence. I bathed them, I fed them, I taught them badminton. I spent time with them. Most importantly, I really watched them grew up. Then it struck me to finally make up my mind. I shouldn’t be so selfish. I have played for myself, I have played for my country. This time, I want to play the role of a father, for long long time. I want to see them grow up to be proper men, to get married, to have kids. I want to take care of my wife when she is old too. So Yes, I have made my decision to quit. I’m sorry that I couldn’t make it to Tokyo this time around. And I’m sorry I didn’t deliver an Olympic gold. But I know I’ve no regrets as I’ve tried my best. My very best. I hope my name Lee Chong Wei has inspired you all one way or another, same like the way you guys inspired me. Without my family, my teammates, my coaches, and my supporters, I won’t achieve anything. I had no regrets. When i started playing badminton, all I wanted to do is to represent Malaysia. And I believed I did it with pride and honour. Well. I’m done. Thank you very much to all of you. Lee Chong Wei signing out.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Sebelum ini Chong Wei pernah bertarung dengan penyakit kanser yang telah mengakibatkan beliau terpaksa berehat dalam jangka masa yang lama. Selepas sembuh, beliau kembali berlatih untuk mencapai cita-citanya meraih pingat emas pertama buat Malaysia pada kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Namun selepas beberapa ketika, doktor menasihati beliau supaya tidak meneruskan dengan latihan yang berat kerana ia sangat berisiko tinggi untuknya.

Tambahnya lagi, isterinya mula menangis dan risau jikalau Chong Wei masih berdegil untuk mengejar impiannya. Namun segala-galanya berubah bagi Chong Wei selepas beliau meluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah. Pada ketika itulah beliau tersedar bahawa beliau tidak boleh pentingkan diri sendiri.

Selepas berbelas tahun memainkan peranan sebagai wira negara, kini beliau mahu memainkan peranan sebagai bapa kepada anak-anaknya dan suami kepada isterinya.

Chong Wei turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak mampu untuk menunaikan impian meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti dan turut meminta maaf kerana tidak berjaya mendapatkan pingat emas lebih awal.

Ruangan komen di akaun Instagram Chong Wei dipenuhi dengan ucapan terima kasih serta kata-kata semangat untuknya. Bukan sahaja peminat dari Malaysia, tetapi seluruh dunia turut meninggalkan ucapan untuk bekas Pemain Nombor Satu Dunia itu.

View this post on Instagram

Thanks for all the encouragement and wishes from you guys on my retirement . Appreciate it a lot . Sorry I can't reply one by one, but I have tried to read as many as I can. Have to admit these few days are not easy emotionally but your encouragements truly provided the warmth. Today is Father’s Day. Spending more time with the kids these days is easily the best gift for me for this occasion. Happy Father’s Day to all the great dads and papas around the world ! Give yourself a pat at the back . Memang not easy to be a dad . Playing toys with them is as tough as playing doubles with Koo-Tan or @wktan521 @vshem Gambateh, Father Father sekalian ! #happyfatherday 这几天收到排山倒海的祝福讯息,真心感谢每一个支持李宗伟的朋友们,你们的祝福和心意我都收到了。 谢谢你们一如既往的继续支持我,制作视频回顾、文字照片记录我的点点滴滴、各种各样的方式刻画我的样子、还委任我为2020东京奥运会大马代表团团长… 人生如斯,夫復何求。 今天是父亲节,两个小瓜陪我一起录制这个视频,你看,他们这么可爱,我一定要好好陪伴他们长大,看着他们在学校被训导老师骂、感受叛逆期的他们气人的样子(到时再给他们看这个视频)、看着他们交女友、结婚生子… 那应该会是很有趣。 这个父亲节,祝全天下的爸爸和我一样有个幸福甜蜜的父亲节。 #父亲节快乐

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Jelas dan nyata Datuk Wira Lee Chong merupakan kebanggaan Malaysia. Beliau adalah individu yang berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia tatkala beraksi melibas raket demi menempatkan nama Malaysia di tempat yang paling tinggi dalam arena sukan badminton. Terlalu banyak jasa beliau untuk negara.

SalamToday juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat Datuk Wira Lee Chong Wei dan selamat bersara dan berehat bersama keluarga tersayang. Semoga satu hari nanti kita akan jumpa atlet badminton yang sehebat Datuk Wira Lee Chong Wei.

 

 

Sumber : Instagram Lee Chong Wei

Foto : AFP Photo