Daun ketum bernilai RM4 juta dirampas

Uncategorized MAS 14-Dis-2019

Sejumlah 140,766.49 kilogram daun ketum dengan nilai kira-kira RM4 juta telah dirampas untuk tempoh Januari hingga November lalu, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Jumlah ini naik berbanding 87,563.90 kilogram (RM2.6 juta) pada 2018 dan 80,938.76 kilogram (RM2.4 juta) pada 2017.

Daun ketum dapat dijual antara RM30 sehingga RM40 untuk sekilogram. Majoriti rampasan berlaku di sempadan utara negara dan juga Kelantan.

Beliau turut menyatakan saringan lebih teliti akan dilakukan untuk pemilihan pelatih program Latihan Asas Kepolisan (PLAK). Ini penting untuk memastikan pelatih bebas daripada penyalahgunaan dadah dan seterusnya mengekalkan kepercayaan masyarakat.