Kisah Sebalik ‘Debu Bercahaya’ Noh Salleh

Selepas empat tahun tidak menghasilkan single solo, vokalis utama kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh kini muncul dengan buah tangan terbaru untuk peminatnya yang berjudul ‘Debu Bercahaya’.

Kali ini Noh mengeluarkan wangnya sendiri untuk menghasilkan lagu ‘Debu Bercahaya’ yang disifatkannya sebagai lagu yang sangat dekat dengan hatinya. ‘Debu Bercahaya’ diinspirasikan dari kisah tragedi yang menimpa rakan baik Noh sendiri.

 

Salah seorang rakan saya terlibat dalam kemalangan dan saya sangat-sangat tersentuh melihat pengorbanan isterinya yang menjaga dia selepas dari kejadian itu. Isterinya terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran selepas dia terlibat dalam kemalangan dan itu membuatkan saya terinspirasi untuk menulis lagu ini“, ujar Noh.

Lagu ini telah dirakamkan di Indonesia dan membawa elemen ‘French Pop’ dari era 60an dan 70an dimana Noh percaya ia bakal menjadi rujukan yang baik untuk pemuzik generasi baru.

Apabila ditanya tentang kerjayanya sebagai artis solo, kata Noh dia menemui kepuasan yang tersendiri sebagai penyanyi solo. Dia benar-benar tidak menjangka karyanya sebagai penyanyi solo akan menerima sambutan yang cukup baik dari peminat.

Walau bagaimanapun, disebabkan kekangan bajet, Noh terpaksa menangguhkan pelancaran beberapa buah lagu. Biarpun berjaya sebagai artis solo, kumpulan Hujan masih menjadi keutamaan suami kepada Mizz Nina ini.

Noh turut merancang untuk mengeluarkan lima buah lagu baru tahun ini jika segalanya yang dirancang berjalan dengan lancar.

Tahniah buat Noh Hujan dari SalamToday.

 

Foto : Instagram Official Noh Salleh