Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Diari Minggu Fesyen Yuna – Masih Kekal Identiti Diri

Stail Helmi Anuar 02-Okt-2019

Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Yuna yang baru sahaja menyertai agensi pengurusan model dan bakat Wilhelmina Models dilihat begitu aktif menghadiri pertunjukan fesyen sempena Minggu Fesyen musim ini.

Antara pertunjukan fesyen yang dihadiri oleh Yuna adalah Savage by Fenty, DKNY, Prabal Gurung, dan yang terbaru Chanel.

 

Dari kota New York hingga ke kota Paris, gaya Yuna sungguh ‘fashionable’ dalam balutan rekaan rumah fesyen terkenal.

Namun satu yang pasti, identiti atau gaya ‘signature’ Yuna masih kekal dibawa bersamanya.

 

Lihat sahaja gaya lilitan turban yang digayakan Yuna. Hampir kesemua pertunjukan yang dihadirinya beliau memakai gaya turban yang sama.

Begitu juga dengan pemilihan anting-anting. Yuna selesa mengenakan anting-anting bulat berbentuk gelang yang sememangnya sudah sinonim dengan gayanya.

 

Yuna bijak dalam membawa identiti dirinya namun masih kelihatan glamor dan ‘up to date’ dalam persalinan musim terbaru.

Tidak perlu terlampau mahu mencuba sesuatu gaya terkini sehingga hilang identiti sendiri.

Kunci gaya peribadi adalah sangat penting kerana dari situlah kita dikenali, kekal ‘memorable’ dan ikonik! Bravo Yuna!