Buletin SalamWebToday
Sign up to get weekly SalamWebToday articles!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Didik diri hargai pantai

Alam Sekitar 16 Jan 2021
Hanita Hassan
Didik diri hargai pantai
Didik diri hargai pantai © Cooler | Dreamstime.com

Bunyi ombak yang memecah pantai sering membuatkan jiwa terasa tenang dan mendamaikan.  Sesekali bermain di gigi air, mengusik sang ketam atau mengutip remis di celah-celah pepasir pantai.

Melihat sang pemancing menunggu umpannya dimakan ikan, panorama kapal-kapal besar yang berlabuh sambil menikmati nyaman air kelapa muda dan kegirangan anak-anak menerjah ke dalam masinnya sang laut.

Didik diri hargai pantai

Selain rekreasi, banyak aktiviti pantai jika kita amati dilakukan para nelayan atau penduduk tempatan.  Aktiviti melanggai udang, menebar jala, mencari umpun-umpun atau jengkau, yang kesemuanya ini adalah sebahagian daripada punca pendapatan halal yang dilakukan dengan kudrat sendiri. Ada yang melakukan secara sambilan selepas pulang dari kerja.

Meskipun penat, namun demi sesuap nasi dan sumber protein mereka harungi kepayahan mencari rezeki.  Sesungguhnya lelah mencari rezeki keluarga telah dijanjikan Allah SWT bukan sahaja berupa ganjaran pahala, malahan diampunkan dosa-dosanya pada hari itu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang pada petang harinya berasa letih daripada amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya.”

(Hadis riwayat at-Tabrani)

Bagi kita yang cepat sedar, bersantai di pantai dengan mata hati adalah jalan menuju Allah SWT.  Syarat asas untuk sampai kepada jalan ini ialah Aqal, Fikir, dan Ilmu. Tanpa akal, kita tidak akan tahu tanda-tanda Allah. Tanpa berfikir kita tidak akan tahu sebab kejadian, dan tanpa ilmu kita tidak akan tahu hikmah tanda-tanda-Nya.

Pantai adalah antara anugerah alam yang terindah ciptaan Allah SWT. Tanda kekuasaan dan keesaan, kebijaksanaan serta keluasan rahmat-Nya. Memulihara pantai adalah suatu kewajipan dan ibadah yang menyempurnakan iman kerana kepentingannya kepada kehidupan manusia.

Kajian dalam Journal of Environmental Psychology mendapati selain tempat rekreasi, pantai memiliki banyak manfaat berbanding sekiranya anda mengunjungi pusat kesihatan atau pusat hiburan urban.

Berbagai manfaat alam pantai

Bersantai di pantai boleh memberikan kulit anda vitamin D.  Ketika kulit terdedah sinaran, tubuh menghasilkan vitamin D, ‘alat’ yang penting dalam penyerapan kalsium dan pembentukan tulang kuat. Namun anda perlu melindungi kulit dengan krim pelindung matahari dengan SPF 15 atau lebih bagi mengelak kulit menjadi gelap atau kesan terbakar.

Aktiviti berjalan di pasir pantai boleh menguatkan otot kaki.  Ia kerana berjalan di atas pasir memerlukan tenaga yang lebih berbanding berjalan di permukaan rata.  Sekiranya anda berjalan di atas pasir tanpa menggunakan kasut, itu adalah lebih baik untuk kesihatan sepertimana saranan Allahyarham Dato’ Haji Harun Din.

Setiap hari bumi kita dipanah petir dan menghasilkan trilion caj negatif untuk diberikan secara percuma kepada semua.  Badan manusia mempunyai banyak caj positif yang kita perolehi daripada komputer, telefon bimbit atau televisyen.

Apabila kaki atau anggota badan kita bersentuhan dengan tanah tanpa alas, caj negatif daripada bumi dan caj positif dalam badan kita akan bercantum dan menghasilkan caj neutral.  Ia akan membantu melancarkan pergerakan dan salur darah menjadi bertambah elok.

Anda perlu mengambil peluang berenang di laut untuk detoks dan jantung. Mineral dalam air laut seperti magnesium, potassium dan iodin berfungsi membantu menyembuhkan jangkitan, sebagai alat detoksifikasi dan terapi.

Kajian mendapati berenang dapat menurunkan tekanan.  Ia juga baik untuk pembentukan otot-otot tubuh.  Anda hanya perlu berenang sekurang-kurangnya dua jam setengah seminggu.  Aktiviti sihat ini boleh membantu menurunkan risiko penyakit kronik dan meningkatkan kesihatan jantung.