Diet suku-suku separuh: Terokai kelebihan dan kemudahannya

Kesihatan Fizikal 01 Apr 2021 Siti Nur Baiin Che Harun
Siti Nur Baiin Che Harun
Diet suku-suku separuh: Terokai kelebihan dan kemudahannya
Diet suku-suku separuh: Terokai kelebihan dan kemudahannya © Iryna Kuzmenko | Dreamstime.com

Artikel ‘Diet Suku-Suku Separuh: Terokai Kelebihan dan Kemudahannya’ ini berkisarkan tentang kelebihan dan kemudahan diet suku-suku separuh. Bagi yang baru ingin memulakan diet, diet suku-suku separuh ini sangat disyorkan kerana ia tidak menyebabkan rasa lapar yang tidak terkawal atau rasa mengidam (craving) berlebihan.

Apa jenis plan diet sekalipun sangat memerlukan semangat dan motivasi yang tinggi. Bukan itu sahaja, kita juga perlu istiqamah dalam proses menurunkan berat badan dalam mencapai berat yang ideal. Berat badan seseorang ada yang mudah turun, senang naik, dan kekal sahaja.

Jom sama-sama terokai kelebihan dan kemudahan diet suku-suku separuh.

Diet suku-suku separuh: Terokai kelebihan dan kemudahannya

Terdapat beberapa kelebihan dan kemudahan yang terdapat dalam proses diet suku-suku separuh. Kita perlu memilih kesesuaian jenis diet. Ini supaya ia berhasil dan memberi kesan yang optimum.

 “Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang untuk makanan dan sepertiga lagi untuk air dan sepertiga lagi untuk udara bagi pernafasan.”

(Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Jika kita perhatikan, jika kita terlebih makan dan minum melebihi had yang sepatutnya, ia akan mengganggu kualiti ibadah kita lebih-lebih lagi apabila solat.

Dengan amalan pengambilan pemakanan suku-suku separuh iaitu 1/3 makanan, 1/3 minuman manakala 1/3 lagi ruang udara boleh mengelakkan terlalu kenyang dan menyebabkan rasa malas.

Cukup kalori yang diperlukan seharian

Daripada amalan makan suku-suku separuh ini, keperluan kalori harian senang diawasi dan dikawal. Sediakan pinggan suku-suku separuh untuk memudahkan kita mengukur pengambilan makanan yang sepatutnta dan monitor saiz hidangan mengikut keperluan yang sepatutnya.

Kiraan kalori yang diambil biasanya tidak akan melebihi had sekiranya kita mengikut saiz hidangan yang dianjurkan. Keputusan dan kesan terakhir akan memberi semangat kepada kita sekaligus memperoleh badan yang lebih sihat.

Rasa lapar mengikut masa

Diet suku-suku separuh membantu seseorang itu rasa lapar tepat pada waktunya. Ini kerana, badan kita mengkonsumsi limit kalori yang sepatutnya. Ia bertindak dan memproses makanan mengikut kalori yang kita makan. Jika makan yang berlebihan, biasanya kita akan lagi rasa cepat lapar berbanding biasa.

Makanan mudah dicerna

Kesan dari diet suku-suku separuh ini, sistem percernaan menjadi lebih baik. Tiada lagi masalah sembelit atau kekurangan air, kerana kita telah pun mengkonsumsi portion atau keperluan hidangan yang sebetulnya. Ini akan membantu proses turun berat badan dengan cepat.

Menjimatkan masa

Dengan mengamalkan diet suku-suku separuh, kita boleh menjimatkan masa dan memudahkan dalam penyediaan makanan atau masakan. Ini kerana, kita boleh makan apa sahaja tetapi dalam portion yang sepatutnya.

Contohnya seperti pengambilan suku karbohidrat seperti nasi, roti, bijirin, ubi kentang atau keledek. Dimana suku lagi adalah lauk tidak kira protein seperti ikan daging, ayam, telur, kekacang atau makanan laut. Manakala separuh lagi adalah sayur atau buah-buahan yang bertindak sebagai fiber.

Untuk lebih efektif, cuba elakkan makanan segera atau berminyak. Ia juga menjadi lebih mudah kerana, kita tidak perlu mengasingkan masakan dengan ahli rumah yang lain. Ia cuma perlukan jumlah hidangan yang sepatutnya.