Dimsum Halal di The Emperor Restaurant, Dorsett Grand Subang

Jika anda ingin menikmati masakan Cina yang menyelerakan, apa kata anda berkunjung ke The Emperor Restaurant yang terletak di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor.

Dinamakan sebagai Restoran Cina Terbaik di Subang Jaya, The Emperor Restaurant menyajikan masakan Kantonis bercitarasa tradisional dan kontemporari yang semestinya membuka selera.

Paling penting ia halal dan umat Islam boleh menikmati setiap hidangan di sini tanpa rasa ragu-ragu.

Jadi, agak-agaknya apa hidangan yang mesti dicuba jika berkungjung ke restoran ini? Tepuk dada tanya selera.

Jika dihitung, ada beratus hidangan yang tersedia. Jadi mungkin agak susah untuk membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika anda bukan penggemar setia makanan Cina.

Antara menu yang boleh dinikmati ialah Deep Fried Chicken With Mango Thai Sauce, Steamed Sea Bass With Light Soya Sauce, Braised Chinese Cabbage with Dried Scallops and ‘Tau Kan’, Steamed Sea Groupers with Light Soya Sauce, Braised Dried Scallops with Melon and Broccoli dan banyak lagi.

Bagaimanapun ada satu hidangan yang tidak boleh dilepaskan iaitu seleksi Dimsum. Ini kerana kesemua jenis Dimsum yang ada di sini dihasilkan secara homemade, di mana setiap ramuan atau resipinya disediakan oleh chef atau krew dapur The Emperor Restaurant.

Berkonsepkan  ‘All You Can Eat’, anda hanya perlu bawa sekurang-kurangnya seorang teman untuk menikmati Bufet Dimsum ini.

Antara hidangan yang disediakan adalah Salted Egg York Bamboo Charcoal Bun, Steamed Crystal Prawn Dumpling, Steamed Chicken  Siew Mai, Deep Fried Cheese Prawn Roll, Steam BBQ Chicken Bun, Deep Fried Vietnamese Spring Roll, Steam Glutinous rice with Chicken dan banyak lagi.

Jadual Bufet Dimsum adalah dari jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang pada setiap hari Selasa hingga Sabtu. Manakala pada hari Ahad atau cuti umum, Bufet Dimsum bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.

Harga untuk dewasa ialah RM78 dari Selasa hingga Sabtu dan RM82 pada Ahad dan cuti umum. Kanak-kanak dan warga emas layak mendapat potongan harga sebanyak 50 peratus.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 03-5031 6060 ext.1912.

Kredit foto : Rahayu Mat Nah