Dividen kompetitif Bank Rakyat tahun 2019 meningkat

Uncategorized Yen Doran 24-Dis-2019

Bank Rakyat menjangkakan pengagihan kadar dividen yang kompetitif bagi tempoh kewangan berakhir Disember 2019 berdasarkan prestasi semasa yang memberangsangkan.

Prestasi keuntungan Bank Rakyat tahun ini, sebelum cukai dan zakat setakat 30 September meningkat empat peratus kepada RM1.29 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Bank Rakyat turut menjelaskan langkah penutupan anak-anak syarikatnya adalah sejajar dengan komitmen bagi memberi keutamaan dan fokus hanya kepada perkhidmatan kewangan.