Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

Tidak lama sahaja lagi, umat Islam akan menyambut tahun baru mengikut bulan Islam iaitu 1 Muharram yang tahun ini jatuh pada tanggal 1 September 2019.

Umum mengetahui akan tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama pengikut-pengikut baginda yang telah berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinnah. Peristiwa hijrah ini telah membuka lembaran baru dan ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang.

Di Malaysia, setiap kali tibanya 1 Muharram, seluruh negara akan mendapat cuti peristiwa demi menghormati tarikh bersejarah dan penting bagi umat Islam ini. Tetapi sambutan Maal Hijrah bukan hanya perlu dirai dengan cuti peristiwa semata-mata. Banyak ibadah sunat yang boleh kita lakukan pada hari ini.

Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun. Doa akhir tahun hendaklah dibaca sebelum waktu masuk waktu Maghrib iaitu pada ketika selepas solat Asar atau penghujung waktu Asar.

 

Doa awal tahun pula dibaca selepas sempurna solat fardhu Maghrib pada 30 Zulhijjah 1440 bersamaan dengan 31 Ogos 2019.

Semoga dengan mengamalkan doa-doa ini, kehidupan kita sepanjang tahun akan lebih diberkati oleh Allah SWT.

 

Sumber : https://www.mysumber.com/doa-hijrah.html

Foto : Viviana Rishe, Unsplash