Doa Untuk Hindari Perasaan Cemburu

Setiap insan yang bergelar manusia, pasti tidak akan dapat lari daripada perasaan cemburu. Cemburu boleh datang dalam dua bentuk– cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

Cemburu yang positif adalah apabila melihat kejayaan orang lain dan perkara itu menjadi pemangkin semangat untuk kita berusaha lebih baik dan mencapai kejayaan yang sama tanpa ada niat jahat. Manakala cemburu yang negatif pula adalah apabila kita cemburu melihat kejayaan orang lain dan mahu melihat kejatuhan individu tersebut.

Cemburu juga sering hadir buat setiap pasangan suami isteri, pasangan kekasih, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai dan juga rakan sekerja.

Jika perasaan cemburu terus menguasai kita, takut kelak terjadi sebarang perkara yang tidak diingini. Sebagai contoh jika anda terus-terusan cemburu dengan pasangan anda sedangkan pasangan anda tidak pernah berlaku curang, perkara ini boleh memberikan tekanan kepada pasangan anda dan akhirnya keharmonian dalam rumahtangga akan mula goyah.

Ketika cemburu yang berlebihan sedang melanda, segeralah mengucap istighfar agar cemburu tersebut tidak menjadi semakin parah. Anda juga digalakkan untuk membaca doa ini:

Ertinya:

” Dengan menyebut nama Allah. Ya Allah ubatilah aku dengan pengubatan-Mu, dan sembuhkanlah aku dengan kesembuhan-Mu. Cukupkan aku dengan kurnia-Mu, jangan sampai aku meminta kepada selain-Mu, dan jauhkanlah aku dari penyakit-Mu.”

 

Sumber : www.dream.co.id

Foto : Sedutan filem Surga Yang Tak Dirindukan 2