Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Dr. M mahu sains, matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris

Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri Malaysia © Abdul Razak Abdul Latif | Dreamstime.com

Perdana Menteri Malaysia yang juga Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu pembelajaran sains dan matematik dilaksanakan semula dalam bahasa Inggeris. Ketika berucap dalam mesyuarat khas di kementeriannya, Dr. Mahathir berkata penguasaan bahasa Inggeris adalah elemen penting dalam pendidikan.

Pada tahun 2003, Dr. Mahathir memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid di sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Namun, polisi tidak popular itu telah menjadi bahan perdebatan antara ahli akademik, orang awam dan ahli politik, termasuk di kalangan parti pembangkang.

PPSMI kemudiannya dimansuhkan pada tahun 2011. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan pada ketika itu, polisi tersebut menyebabkan kalangan pelajar di luar bandar terkandas dalam pelajaran sains dan matematik. Namun, ini dipertikaikan oleh beberapa pihak yang mendakwa program PPSMI turut menawarkan kebaikannya yang tersendiri. Pada tahun 2016, Program Dwi-Bahasa (DLP) telah diperkenalkan bagi memberi pilihan untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sementara itu, Dr. Mahathir menekankan sebagai contoh, pelajaran geografi dan sejarah boleh diajar dalam apa bahasa pun tetapi sains dan matematik berasal dari luar negara dan bukan bidang pengetahuan pribumi. Pengetahuan ini sampai kepada kita melalui bahasa Inggeris. Demikian, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik tidak akan mengelirukan orang ramai.

Dr. Mahathir menambah, mereka yang belajar sains dalam bahasa Melayu sukar untuk bekerja dengan baik di mana bahasa Inggeris diperlukan. Beliau turut mengakui pandangannya mungkin susah diterima atau tidak popular tetapi merasakan ia perlu dilaksanakan supaya anak-anak generasi mendatang dapat membesar dan menghadapi kehidupan dewasa mereka dengan baik. Inilah antaranya tujuan pendidikan.

Kenyataan Dr. Mahathir itu telah dimuat naik di akaun Youtube rasminya. Bagaimanapun, ia tidak menyebut tentang kaedah perlaksanaan pengajaran baru itu. Menurutnya, masalah boleh berlaku kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum, namun ia juga adalah sesuatu yang boleh menyumbang kepada Malaysia. Pembangunan negara ini didasari hubungan kerja yang baik antara berlainan kaum. Jadi, sekiranya Malaysia tidak stabil, kita boleh lupakan saja soal pembangunan.

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
5G Kehidupan MAS 01-Feb-2020 Aplikasi Teknologi 5G: Sektor Pertanian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kehidupan Adea Ghafar Ketidakfahaman mengenai penubuhan Wilayah Persekutuan Kehidupan Adea Ghafar Akta Antiberita Tidak Benar boleh difikirkan semula