Dr Mahathir harap tahun 2020 beri nikmat lebih kepada rakyat Malaysia

Uncategorized Adea Ghafar 31-Dis-2019
Rakyat Malaysia
© Tinypolkadoz | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap merasmikan sambutan Ambang [email protected] Lumpur dan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 di Dataran Merdeka berharap, tahun 2020 dapat menawarkan lebih banyaki nikmat dan kemakmuran kepada rakyat Malaysia.

Walaupun tahun 2019 penuh dengan pelbagai kenangan pahit dan manis, termasuk ketidakpuasan sesetengah rakyat, usaha memajukan negara tetap berterusan dan kekal sebagai amanah kerajaan dengan harapan 2020 adalah lebih cemerlang.

Perdana Menteri menyentuh tentang Wawasan 2020 dan sasaran taraf negara maju perlu dilanjutkan sedekad lagi dengan pelan baharu, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang meletakkan sasaran pencapaian yang sepatutnya diperolehi pada 2020.