Dua pekerja McDonald’s maut akibat mesin minuman rosak di Peru

Uncategorized MAS 22-Dis-2019

Kerosakan mesin minuman di restoran berkenaan menjadi punca kematian dua pekerja yang bertugas Ahad lalu. Menurut pengurus restoran McDonald’s berkenaan, mesin minuman tersebut mengalami gangguan elektrik sehingga menyebabkan berlakunya renjatan elektrik.

Mesin tersebut tidak dapat berfungsi dan aduan kerosakan untuk pembaikan tidak dijalankan. Dua pekerja restoran, Alexandra Porras dan Carlos Gabriel Campo terkena renjatan elektrik ketika bertugas membersihkan dapur.

Susulan itu, ahli keluarga dan kenalan mangsa berkumpul dan membuat bantahan di hadapan premis. Ini dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan kecuaian pihak pengurusan restoran terbabit.

Lanjutan perkara itu, McDonald’s telah menutup kesemua 29 cawangan restorannya di Peru.