Dubai: Syarat-syarat musafir dan 80% tempahan hotel

Dunia Zalika Adam 14-Jul-2020
Dubai - syarat musafir dan tempahan hotel © Veranika Smirnaya | Dreamstime.com

Dubai mengambil perhatian dan ia akan terus menerima pelawat dan pelancong dari seluruh dunia, mengikuti standard kesihatan dan keselamatan tertinggi sesuai dengan protokol antarabangsa.

Issam Kazhim, Pengarah Eksekutif Yayasan Dubai untuk Pelancongan dan Pemasaran Komersial, menyatakan dalam temubual bersama ‘Al -Arabiyyah’ bahawa beberapa tempahan hotel pantai di Dubai telah mencapai tahap pengunjung yang memberangsangkan, iaitu 80%.

Beliau juga menambah bahawa syarat perjalanan ke Dubai yang membawa sijil pemeriksaan Polymerase Chain Reaction (PCR) tidak ditandatangani melebihi 96 jam. Laporan kesihatan membuktikan bahawa pelawat bebas dari gejala koronavirus. Keadaan pemeriksaan seperti ini juga disediakan oleh lapangan terbang Dubai.

Sekiranya hasil pemeriksaaan di kalangan para pelancong didapati positif, maka pelancong tersebut hendaklah melakukan penjarakkan dirinya dari orang lain dengan perbelanjaannya sendiri selama 14 hari. Dia juga perlu membawa insurans kesihatan sepanjang lawatannya ke Dubai.

Al-Kazemi menyatakan bahawa Dubai telah membangunkan satu strategi dan satu program tiga tahap. Yang pertama adalah menangani langsung wabak tersebut, kemudian membuka kembali ekonomi, dan kemudian fasa pasca-COVID-19 untuk meningkatkan keyakinan terhadap tingkah laku perjalanan yang selamat.

Manakala bagi negara-negara yang dibenarkan melakukan perjalanan ke Dubai, Al-Kazemi menjelaskan bahawa senarai itu dikemas kini setiap jam dan kerja-kerja sedang dilakukan dengan kerjasama Emirates Airlines, Fly Dubai dan syarikat penerbangan lain.