Dunia, syaitan dan jiwa yang mendorong manusia

Kehidupan Zalika Adam 18-Sep-2020
dreamstime_s_119975751
Dunia, syaitan dan jiwa yang mendorong manusia © Victorflowerfly | Dreamstime.com

(Terjemahan SalamWebToday bahasa Arab)

Terdapat tiga perkara kompleks di hadapan kita semua. Iaitu dunia, syaitan dan dirinya sendiri. Ketiga-tiga ini mengawal tindakan manusia dan menghancurkan semua kerjanya. Jika dia tidak mengawalnya dengan betul. Ia mendorong seseorang itu keluar dari jalan yang benar.

Jauh dari jalan Allah SWT, mengikut hawa nafsu dan syaitan, mengutamakan dunia dan berseronok dan tidak menghiraukan yang halal atau yang haram. Oleh itu, amat penting untuk mengawal tiga perkara ini, mengerjakan amal soleh dan menurut apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Seterusnya, dunia mengajak dan mendorong kita ke arahnya, sehingga merasakan bahawa kita akan diabadikan di dalamnya dan akan hidup selama-lamanya. Menuju ke arahnya dengan sekuat tenaga, melihat kesenangan dan rasa kemanisan berharta, berbangga, berkuasa dan memiliki.

Sehingga kita menyedari bahawa kita telah mencapai apa yang diimpikan dan ianya menjadi milik kita. Perkara ini tidak akan menjadi kenyataan secara spontan. Kematian akan datang secara tiba-tiba tanpa pendahuluan, ditimpa penyakit dan lemah atau sehingga menjadi warga emas. Ketika itu, kita mengetahui kesilapan pada waktu yang tiada manfaat dan kekesalan.

Manakala syaitan menghiasi segala keburukan di mata, mendorong ke arah keinginan hawa nafsu dan kecurigaan serta membuat kita melihat kehidupan melalui mata jahatnya. Tujuan utamanya adalah untuk menghancurkan semaksima mungkin. Dia memudahkan urusan kita terlebih dahulu. Secara berperingkat, kita melakukan maksiat supaya kita masuk dan melihat keadaannya adalah sesuatu yang biasa. Kemudian, dia menghiasi kita.

Sekiranya anda menghampirinya, dia datang daripada atas. Begitulah sehinggakan anda terjerumus ke lembah kemaksiatan, tidak memadai dengan perbuatan yang remeh-temeh. Bahkan, perlahan-lahan anda menuju kepada dosa-dosa besar. Sehingga kerugian itu menjadi kenyataan.

Manakala jiwa, ia mendorong kita ke arah keinginan dan menggembirakan. Membuatkan kita berasa memerlukan wang, makanan dan nafsu. Ia menggoda setiap kekurangan pada kemewahan dunia. Mungkin membuatkan kita marah dengan orang yang membenci, memaksa dan berhasad dengki.

Hati kita dipenuhi dengan kebencian dan pertelingkahan. Mungkin berasa bangga dan hairan yang menyebabkan kebinasaan. Kita tidak boleh kembali ke jalan ini dengan mudah. Bahkan akan mendorong melakukan kemungkaran yang boleh menggagalkan pekerjaan kita Oleh itu, mengawal keinginan dan kesan pada diri, merupakan pintu pertama yang memperelokkan pekerjaan, menguatkan keazaman apa yang diperselisihkan mengikut cara syaitan dan meninggalkan dunia di hati anda.

Bagaimana kita boleh menghancurkan tiga perkara ini, sebelum ianya membinasakan semua? Tiada keraguan, bahawa setiap permulaan bergantung pada diri kita. Hendaklah memperelokkan jiwa, sehingga tidak terpedaya dengan keinginan dan keraguan yang bertentangan di dunia, atau hiasan syaitan pada pandangan kita.

Maka, keazaman, kekuatan diri akan membantu anda menghadapi kepayahan, menjadikan anda melihat kepada sesuatu yang realiti. Janganlah terpedaya dengan tipu daya dunia dan mendorong anda kepada keinginan yang besar.

Kita hendaklah melihat dunia dalam keadaan sebenar. Menyedari bahawa ia (dunia) adalah palsu dan rumah persinggahan dan bukan kekal. Ingatlah, bahawa dunia dinamakan dengan ‘hampir’. Jangan tertipu dan memberikan lebih dari sepatutnya. Ketahuilah, bahawa rezeki kita dibahagi dan terhad (dianggarkan). Kita tidak akan mati tanpa memperoleh rezeki sepenuhnya tanpa kekurangan. Maka, janganlah terburu-buru.

Manakala syaitan, sekiranya kita menentang dan berdiri menghadapnya adalah satu tuntutan yang menyelamatkan diri dari cengkaman dan godaannya. Ketahuilah, bahawa ia beredar mengelilingi kita, adalah untuk menjatuhkan apa yang diharapkan kerugian dan kehancuran.

Ia berusaha menjadikan pekerjaan kita gagal, dan akan berasa sangat penat melaksanakan ketaatan. Kemudian, ia menyebabkan kita jatuh ke lembah kejahatan yang memakan kebaikan diri. Maka, kita hendaklah menentangnya, mohonlah bantuan dari Allah SWT sentiasa.

Sekiranya berlaku sesuatu secara tiba-tiba, maka ucapkanlah: A’zubillahi min as-Syaitan ar-Rajiim (Aku berlindung daripada syaitan yang direjam). Perbanyakkanlah mengingati Allah SWT sekiranya dalam keadaan bersendirian, kerana syaitan menyukainya. Jauhilah seseorang yang boleh membawa kepada dosa, sekiranya tidak boleh berseorangan, ia adalah lebih baik dan awasilah persekitaran anda.

Ketahuilah, bahawa jalan yang benar ialah bertentangan apa yang dikehendaki oleh syaitan. Selagi mana jiwa kita tidak bersetuju (berselisih) dengan diri sendiri, mengikut keinginan dan syaitan, maka anda sudah memperoleh kemenangan dan kejayaan.