e-Bazar Ramadan, dibawakan oleh Dahmakan

Makanan Syed Safri 17-Apr-2020
Nasi kerabu ayam berempah, RM14.90 © dahmakan

Dengan bulan suci Ramadan semakin hampir dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dahmakan sedang memulakan bazar dalam taliannya untuk mengekalkan semangat Ramadan. Dalam keadaan negara yang agak membimbangkan, masyarakat Muslim tidak perlu khawatir tentang menu juadah berbuka puasa. Dahmakan akan mengurus soal makanan sepanjang Ramadan agar para pelanggan dapat memberi tumpuan untuk kekal sihat dan selamat.

Prioriti nombor satu dahmakan adalah kesihatan dan keselamatan kakitangan dan semestinya para pelanggan. Kebersihan dapur mengikuti standard tertinggi dalam protokol sanitasi dan pembersihan. Semua kakitangan melalui pemeriksaan suhu, penggunaan topeng dan sarung tangan yang tepat pada setiap saat. Para penunggang dahmakan memeriksa suhu sebelum mengambil makanan untuk penghantaran dan sebelum memasuki kawasan penghantaran pesanan. Penghantaran tanpa sentuhan diamalkan dengan menyampaikan makanan mengikut arahan pelanggan. Servis ‘Cash on Delivery’ juga telah ditangguhkan untuk mengurangkan hubungan berdekatan.

Rangkaian makanan menarik yang disusun oleh dahmakan untuk bulan Ramadan terdiri daripada kegemaran klasik rakyat Malaysia yang merangkumi Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Nasi Kunyit, Nasi Kukus, Rendang Ayam, Nasi Tomato, Ayam Bakar Madu, dan banyak lagi. Dahmakan menghidangkan makanan eksklusif Ramadan yang disediakan oleh chef Malaysia yang berkelas dunia, berpengalaman bekerja di beberapa restoran dan hotel terkemuka di Malaysia.

Setiap chef membawa sesuatu yang baru dan istimewa ke menu Ramadan –  Beef Rendang Lasagne, Nasi Ikan Sambal Baked Cheesy, dan Ayam Percik dengan Nasi Kelapa, Sardin Pizzagne dan sebagainya. Di dahmakan, makanan kegemaran Malaysia telah diberikan sentuhan dahmakan yang istimewa.

Iftar tidak akan lengkap tanpa kuih, kurma, dan minuman klasik yang semuanya boleh didapati di e-Bazar Ramadan dahmakan. Pelanggan boleh berbuka puasa dengan Sirap Bandung, Teh Ais, dan kuih klasik. Dahmakan juga menyediakan buah kurma Yusuf Taiyoob yang ikonik di menu. Selain itu, dahmakan turut bekerjasama dengan Redoxon untuk memastikan para pelanggan kekal sihat dan mendapat cukup vitamin pada bulan puasa. Setiap makanan dahmakan yang dipesan akan mendapat paket Redoxon Double Action secara percuma.

Dengan menu yang luas, harga bermula dari RM11.99 dan bayaran penghantaran hanya RM0.99. Dahmakan menghantar ke seluruh Lembah Klang – dengan slot waktu penghantaran pertama bermula pada 8.20 pagi dan yang terakhir pada 8 malam. Rakyat Malaysia di Lembah Klang kini dapat menikmati juadah istimewa Ramadan kegemaran tanpa meninggalkan kediaman.