Ekonomi pantas: Mengapa e-Dagang berkembang pesat, menjadi pilihan?

Teknologi Zalika Adam
Terkini oleh Zalika Adam
Ekonomi pantas: Mengapa e-Dagang berkembang pesat, menjadi pilihan?
Ekonomi pantas: Mengapa e-Dagang berkembang pesat, menjadi pilihan? © Ahmad Hafiz Ismail | Dreamstime.com

E-dagang atau lebih dikenali sebagai e-Commerce adalah medan perniagaan masa kini. Dengan kemajuan teknologi masa kini, kita dapt membeli-belah apa sahaja, sama ada barangan di dalam atau di luar negara.

E-Dagang adalah salah platform perniagaan antarabangsa memperkenalkan sistem 3P (Pasaran, Produk dan Promosi). Ketiga-tiga sistem ini boleh menentukan kejayaan perniagaan dalam talian.

Ekonomi pantas melalui e-Dagang

Manusia cenderung bertindak balas dengan topik berkaitan kehidupan seperti kesihatan, wang, hubungan, jantina dan minda. Kesemua topik ini menggunakan media sosial untuk menyebarkan mesej.

Menurut statistik oleh Hootsuite (perisian perkhidmatan sosial media), terdapat 83% pengguna menggunakan internet di Malaysia setiap hari, manakala 11% hanya menggunakannya sekali seminggu.

Keadaan ini berupaya memujuk syarikat-syarikat perniagaan untuk beralih ke arah laluan digital. Statistik turut menunjukkan bahawa di Malaysia, jumlah penggunaan internet adalah lebih tinggi:

  • 32 juta pengguna
  • 79% mempunyai akses ke internet
  • 75% adalah pengguna media sosial yang aktif
  • 68% adalah pengguna mudah alih unik
  • 69% adalah pengguna mudah alih sosial yang aktif (menggunakan media sosial di telefon pintar)

Antara perniagaan yang menggunakan e-Dagang ialah Lazada dan Shopee. Kedua-dua perniagaan ini adalah perniagaan yang paling mendapat sambutan di Malaysia.

Mengapa e-Dagang berkembang pesat, menjadi pilihan?

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan e-Dagang berkembang pesat dan mendapat sambutan para pengguna:

Kos rendah

Kos yang diperlukan oleh perniaga-perniaga kecil adalah rendah untuk menginputkan produk-produk mereka ke media sosial dan ini dapat membezakan dengan penggunaan media tradisional yang memerlukan belanja yang besar.

Perniagaan boleh menggunakan media sosial untuk membuat dan mengedarkan bahan promosi seperti artikel, video dan audio yang muncul dalam akhbar,di radio atau di TV. Seterusnya, peniaga dapat menggunakan pelbagai teknik menarik pembeli untuk menjual produk mereka.

Mampu melayari tanpa had dan sempadan

Perniagaan melalui e-Dagang mampu melayari media sosial tanpa had masa dan waktu dan boleh merentasi sempadan dunia. Terdapat pelbagai cara dan langkah yang mudah dalam melayari internet tanpa mengira saiz syarikat, perolehan dan kenalan.

Penggunaan media sosial adalah terbuka kepada sesiapa sahaja, tidak mengira umur atau jantina. Media sosial ini mampu mendapat pulangan yang terbaik dan berlipat ganda. Perkara ini disebabkan kelebihan dari segi penjimatan kos pengiklanan dan modal untuk mempromosikan sesuatu produk.

Penggunaan yang mudah dan jimat

Tahap tinggi kemahiran, latihan dan kepakaran peralatan terlibat dalam pengeluaran media tradisional. Manakala, saluran media sosial adalah amat mudah untuk digunakan.

Dengan mempunyai pengalaman asas IT, apa yang diperlukan adalah sebuah komputer dan sambungan internet. Oleh yang demikian, penjimatan dari segi promosi dapat dijimatkan dalam kuantiti yang banyak berbanding media tradisional.

Justeru, Malaysia adalah antara pengguna e-Dagang yang paling ramai, iaitu pembelian barangan di dalam atau di luar negara. Penggunaan e-Dagang dalam kehidupan harian kita juga adalah refleksi yang menunjukkan kemajuan teknologi yang dicapai oleh seseorang individu.