Elak 5 Makanan Ini Sepanjang Musim Perayaan

Bagi sesetengah individu, bulan Ramadan adalah masa yang terbaik untuk menyingkirkan sejumlah kilogram demi bentuk badan menawan. Kini setelah hampir sebulan berpuasa, pasti ramai yang sudah berjaya mengurangkan jumlah kilogram.

Namun, sambutan Lebaran yang bakal tiba tidak mustahil bakal merosakkan diet. Ketupat, Lemang, Rendang, biskut Raya tidak mungkin dipandang begitu sahaja. Jadi bagaimana agaknya cara untuk mengawal badan Aidilfitri ini?

Oleh kerana menu-menu perayaan itu masih ingin dijamah, jadi cuba elakkan makanan yang boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.

Semak senarai makanan berikut dan cuba elakkan sepanjang musim perayaan ini.

 

1) Jus buah-buahan

Jus buah-buahan sebenarnya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Apabila anda berbuka dengan jus buah-buahan, ia akan meningkatkan kandungan gula di dalam darah secara drastik, namun ia akan kembali turun seperti semulajadi dan ini akan membuatkan perut terasa lapar semula.

 

2) Sushi

Sushi bukanlah makanan untuk berdiet. Ini kerana menu citarasa Jepun ini tinggi dengan kalori. Walaupun sushi bersaiz kecil , tetapi satu gulung (roll) sushi mengandungi lebih 500 kalori. Sushi tidak mudah mengenyangkan. Jadi anda akan makan lagi dan lagi!

 

3) Donut

Donut dengan pelbagai perisa mengandungi kandungan gula yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi ini akan membuatkan tubuh menyerap insulin dengan lebih banyak. Situasi ini akan menyebabkan perut cepat lapar kerana terlalu banyak gula memasuki sel tubuh berbanding saluran darah.

4) Yogurt

Yogurt memang bagus untuk sistem penghadaman, namun pengambilan yogurt tanpa protein komplek tidak mungkin boleh mengenyangkan perut. Melainkan anda mencampurkannya dengan buah-buahan segar atau kekacang. Jadi, untuk elak diri makan lebih banyak, pilih menu yang terdiri daripada karbohidrat komplek.

 

5) Snek Masin

Snek atau kudap-kudapan yang tinggi dengan sodium memang akan membuatkan seseorang itu sukar berhenti mengunyah. Kandungan garam yang tinggi membuatkan tubuh badan mudah terhidrat dan ini menyebabkan anda ingin makan lagi dan lagi.

Kredit foto : Riccardo Bergamini, Sharon McCutcheon, Christopher Flowers, Unsplash