Elfira Loy Hamil Anak Pertama

Pelakon popular Elfira Loy telah mengumumkan berita tentang kehamilannya yang pertama semalam sewaktu majlis pelancaran koleksi fesyen Elfira Loy x MC Vogue.

Ia sekaligus menamatkan teka-teki yang berbangkit selama ini mengenai badannya yang mula berisi sebelum ini.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami.

“Saya sudah melepasi trimester pertama(1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk,”katanya.

Tambah pelakon Qalesya itu lagi, dia juga akan memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini.

“Saya sudah cuba berlakon semasa trimester pertama dan ia sangat memenatkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat dahulu berlakon memandangkan ini kehamilan pertama,”jelasnya lagi.

Elfira dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lau selepas tidak sampai setahun berkenalan.

Tahniah dari SalamToday untuk Elfira dan suami. Semoga segalanya dipermudahkan.

 

Foto : MC Vogue