Elfira Loy Selamat Bersalin Anak Pertama

Pelakon terkenal Elfira Loy telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 1 Oktober 2019.

Berita gembira itu telah dikongsi Elfira menerusi akaun Instagram beliau pada hari yang sama beliau bersalin.

Elfira telah memuatnaik video bayinya bersama suami namun video itu tidak mempunyai suara. Sehingga kini video itu sudah pun mencapai jumlah tontonan hampir 1 juta.

 

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah | 1.10.19

A post shared by 25 | ?? | (@elfiraloy) on

Di ruangan komen, ribuan ucapan tahniah diterima Elfira sempena kelahiran anak pertamanya.

Elfira dan suaminya Faris telah bernikah pada 1 Januari 2019 yang lalu.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Elfira dan suami di atas kelahiran cahaya mata yang pertama ini. Selamat berpantang dan selamat menjalani kehidupan berkeluarga.